jom borak!!

Tuesday, April 29, 2008

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka.

Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut:

Nik Muhamad Munir Bin Nik Saleh@ Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti.

Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa.

Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana setakat yang saya tahu adalah Raja Kiah binti Raja Sulong. Begitu juga sebelah Tok Ayah (ayah Nik Syamsiah) kerana setakat yang saya tahu adalah Ismail bin Che Awang.

Kalau dilihat kepada nama-nama tersebut; saya percaya ianya tercatat dalam lipatan sejarah Kelantan khususnya pada awal abad ke 17 dan 18 masihi. Betapa tidak Raja Sakti yang saya tuliskan di atas dikenali juga dengan nama Raja Jembal 1 yang memerintah dari tahun 1638 – 1649 berpusat di Kota Jembal.

Raja Omar; anakanda baginda adalah Sultan Omar (juga dikenali sebagai Raja Jembal 5) yang memerintah berpusat di Kota Jembal dari tahun 1675-1721. Baginda adalah bapa saudara kepada Puteri Saadong yang terkenal itu.

Tokoh-tokoh lain adalah Raja Kechil Sulong (Raja Jembal 6) memerintah dari tahun 1721 – 1725 berpusat di Kota Teras.. Long Bahar (Raja Jembal 7) abang (adik?) iparnya yang melahirkan susur galur Long Yunus iaitu keluarga kesultanan yang memerintah Kelantan sekarang.

Masih banyak lagi yang boleh saya ceritakan berkenaan dengan susur galur keturunan di atas. Mungkin di lain kesempatan boleh saya ceritakan dengan lebih lanjut lagi. Cuma satu perkara yang saya ingin nyatakan secara terus terang iaitu saya, semua nama-nama tersebut berdarah merah, meninggal dunia dan bersatu dengan tanah.

Sama macam kita semua.

Ihsan Daripada (Alkhazaain)

Lawatan ke Ulu Kinta ,Perak

Lawatan ke Ulu Kinta ,Perak

Salam....hahaha,,,sebenarnter malas gak nak tulis blog ni pasal masih letih la...ana baru je tiba di kolej selepas sehari berada di Perak.

Sebenarnyer lawatan ke perak merupakan lawatan dari biro kebudayaan KPPS .
Jadi secara tak langsung ana yang menyertai Nasyid dalam xtvt ko-kurikulum telah dipaksa rela untuk menyertai proram tersebut. Bukan setakat pergi sahaja, tapi kena buat 3 persembahan pulak tu,,,huh,,,letih bebenor,.jadi seramai 18 orang budak sem 1 join dan lain 2 dari sem 2 dan sem3. Dan papa serta sir saleh...nak kata seronok yu tak jugak,,sebab sebelum ni ingat tak nak pegi,,,tapi bila dah terpaksa rela camni,,,terpaksalah menyeronokkan diri..huhuhu

Sebelum bertolak pada pukul 1 petang, ana dan beberapa rakan yang lain yang turut pergi ke lawatan tersebut telah menghadiri satu kursus pertongan cemas di sek.men.pendeta Zaa'ba sabagia fasilitator,,,,kat ctu kita org sepatutnyer membuat demonstrasi CPR ,,tapi di sebabkan kami perlu pergi perak,,,jadi kami terpaksa balik awal...huhuhu rasa rugi gak(sebab tak sempat nikmati makan tengahhari yang disediakan...huhuhuhu)

Jadi berbalik kepada lawtan ke Ulu Kinta perak.

Jadi kat sana ana buat 3 persembahan denga kawan2 ...Nasyid , KOir dan jugak TARIAN...huhuhu Nasyid dan koir tu tak pe lagak...tapi yang tarian tu yang rasa nak ketawa pun ader...ini lah julung2 kalinyer ana masuk tarian...hahahahahaha...tarian yang kita buat ialah tarian alu-alu dari kaum sumazau, dekat sarawak nun...hahaha
memang mencabar betul la kan...hahahhahahahha

Tapi apapun,,,ana "enjoy" ngan lawatan tersebut sebab dapat menambah koleksi bantal ,,2 biji lagi...hahahaha..dan pengalaman lain plak waktu mandi kat air terjun,,,sekali lagi menjadi "hero" kerana berjaya menyelamatkan salah seorang rakan kami yang lemas...huhuhu....Alhamdulillah....nasib baik tak jadi ape2..
Jadi setakat itulah dulu coretan tuk kali ni...

Khudafis.....

Lawatan ke Kelantan


Lawatan ke Kelantan

Salam...kalau tgk kepada tajuk tu agak pelik kan...hahaha orang kelantan buat lawatan ke kelantan...tapi itu lah realitinya apabila kita berada di perantauan. Lawatan ke kelantan telah pun disertai pada 12,13 dan 14 april baru 2 ini.

Sebenarnya lawatan itu adalah sebagai salah satu dari program kat kpps ni.Lawatan sambil belajar ke husm...tapi selama 3 hari (sebenarnya 2 harri..1 harie tu dalam bdas je...ahahahhaa) tu ada beberapa tempat yang sempat dilawati.

antaranya pasar siti khdijah...wakaf che yeh...dan akhir sekali sebelum pulang ke negeri sembilan..kami sempat ke rantau panjang...tak banyak perkara yang menarik sepanjang perjalanan tersebut untuk dikongsi tapi itulah pertama kali ana balik ke kelantan dengan perjalanan yang paling lama...bertolak kul 10 pagi dan tiba di kubang kerian pukil 1 pagi...memang sakit habis badan tau...dan jugak sebab analah satu2nyer org kota bharu dan paling hampir dengan husm...maka secara tak langsungnyer analah yang ditugaskan sebagai ketua rombongan dan runner...kepada 80 org lain termasuk pelajar dan guru pengiring....apepun belum terlewat nak ucapkan terima kasih kerana sudi untuk melawat ke kelantan bersempena dengan Tahun Melawat Kelantan 2008 ...

Khudafiss.......