jom borak!!

Sunday, April 26, 2009

Sepuluh jari disusun...


Assalamualaikum….

Bismillahirrahmanirrahim..

Masa : 5.59 petang ( Jumaat )

Tarikh : 26 April 2009

Tempat : Meja study

Akhirnya semerah berkesempatan juga menulis,, bukan apa sejak masuk sem 3 ni,,makin sibuk ngan akademiknya, ngan MTP nya, ngan bebudak 72nya , ngan skill labnya dan memacam lagi la menyebabkan semerah x banyak kesempatan untuk pergi kemana- mana…huhuhu..dan hari ni baru je selesai final exam ( sumatif ) tapi ni hanay melibatkan ujian praktikal je..ujian bertulis pulak akan bermula pada hari ahad ni..huhu…ni jadual dia

Ahad 3 / 5

Kesihatan komuniti ( 8- 11 pagi )

Isnin 4/ 5

Farmakologi [Ubat] ( 11.30 – 1.30 ptg )

Pembedahan ( 8-10 mlm )

Selasa 5 / 5

Kejururawatan ( 3 – 5.30 ptg )

Rabu 6 / 5

Ortopedik [ tulang] (8 – 10 pagi )

Khamis

Kebidanan ( 11.30 – 1 ptg )

Perubatan Kecemasan ( 8- 10 mlm )

Jumaat 8 / 5

Perubatan ( 3-6 ptg )

Ni la jadualnya..mmg padat dalam seminggu depan…huhuhu…

Jadi semerah disini mengambil peluang untuk memohon maaf terhadap semua kesalahan yang telah semerah lakukan di sepanjang kehidupan ini..mudah-mudahan kemafan yang dipohon akan member lebih keberkatan dalam diri kita semua..amen..

P / s : kepada family kat kampong tu..jgn la baca je..bagi la kata2 semangat skit..huhu..x cukup semangat la ni…tak tahu nak kutip mano doh..doh la tak dok gewe lagi..huhuhu

Thursday, April 2, 2009

Mula Cerita...








السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

Hehe...baiklah kan semerah dah janji nak crita apa yang telah semerah lakukan dalam bulan 3 baru2 ni. Yang pertama ni biarlah semerah ceritakan mengenai percutian semerah ke KEDAH dan PENANG selama 3 hari 2 malam tersebut..ala cuti- cuti Malaysia gtu. Mase tu sebenarnya ngah cuti sem...jadi amik la peluang pegi bercuti...maklumla mase tu baru dapat “gaji” dan duit kutu pun dapat gak...hahaha....OKB la mase tu..hehehe...nak dijadikan cerita kitaorg bertolak pada malam 28 feb dengan bas ke kulim...dimana kami menginap ( rumah Fyrd ). Tapi nak jugak dijadikan cerita ,,bas yang kami naiki pada malam tersebut pancit tayarnya..menyebabkan kami yg tgh tdo ni terjaga dan dalam kebimbangan sepenjang perjalanan tersebut..tapi nasib baik la bas tersebut dibaiki ,,tu pun selepas hamper sejam tayar tu pecah dan bas masih boleh bergerak..Memang sperti jangkaan , kami tiba agak lewat di stesen bas kulim..Sampai je kat sana, kami diambil oleh ayah Fyrd dan dibawa kerumahnya..Sampai je kat sana kami terus dijamu ngan mee goring yg cukup sedap..huhu..dah lama x makan masakan seorang ibu..walaupun bukan ibu sendiri tapi buat buat je..hahaha..kami ingat nak tido jap..sebab malam tu kami x lena tdo dibueknya bas bocor tu..huhuhu...tapi terbantut la pasal tengah hari tersebut terus keluar berjalan ke kawasan sekeliling. Mase tu kami naik kete yg dipinjam dari ibu Kimi. Oh ya..untuk pengetahuan semua..semerah bukan pegi sorang tapi ber sama Fizan dan Pjump..semua dari pantai timur...Jadi petang tu, pada mulanya rancang nak mandi air panas kat mane ntah ...hehehe..dah lupa..tapi disebabkan cuaca yg x sesuai,,kami pegi la kat Air Terjun Sungai Sedim je..kat stu pun best gak..memula rancang nak main bot,,tapi sebab hujan ..kitaorg mandi jer la..dalam kesejukan..hahahaha..pastu balik la dan bilas kat rumah dan pada malamnya plak..kitaorg pegi ke penang dengan kereta yg kami sewa..memula sewa kete saga tapi tgkkan kepada jenis yg makan minyak..huhu,,kami tukar je ngan kancil,,murah dan jimat..hahahaha...kami ke Penang ngan menaiki feri dan keluar ngan jambatan Pulau Pinang..Yang seronoknya,,pengalaman memandu diatas sana..hahaha..Malam kita org just singgah kat padang kota sambil di padang sebelah ngah buat konsert ntah ape2..semerah n the gang lepak jap..pastu balik tido..

Hari ke 2 plak kitaorg pegi penang lagi tapi kali ni dengan 2 kereta..disertai 2 lagi rakan yg ada kat sana..kali ni semerah sempat rasa passembor, kue tiow penang dan pelbagai jenis makanan kat sana..sedak la jugak..hahaha..hampir seharian kami kat sana dan sempat la singgah kat Queensbay jalan2..bergambar dan buat kacau..hahaha..cari surau plak kat sejam..hahahaha...malam tu lepak kat rumah je..hehe..tunggu umur masuk 22 taun..hahaha..dapt almond London lagi..hahahaha..

Kalau nak cite kat cni bnyk la peristiwa suka dan duka..kitaorg bertolak balik pada 3 Mac dari kulim ke destinasi memasing..Terima kasih kepada sponsor tempat penginapan..hahaha..FYRD...dan kawan 2 kat sana..tu dulu untuk kali ni..jumpa lagi

Khudafis..

Wednesday, April 1, 2009

Koleksi I...

malam kolej idol
lawatan MTP
Lawatan Ke Pusat Kusta
RnR
sebelum bertolak ke Pusat Kusta
di Queenbay, penang
atas feri, penang
di queensbay lagi
sebelum bertolak cuti
kenangan kedah & penang 2009