jom borak!!

Wednesday, May 28, 2008

Penempatan klinikal


Semalam telah bermula penempatan klinikal bagi sem 1 penolong pegawai perubatan pelatih.
Walaupun begitu, pada hari ini(28.5) barulah kami diorientasikan oleh pihak hospital,,maka kenallah kami pada pengarah, matren, sister, dan staf nurse kat situ.

Kami juga di beritahu mengenai perkara asas ketika di wad. Prosedur basuh tangan yang terbaru, mask, gauning dan jugak gloving. memang kami ade belajar kat kolej tapi bukan teknik yang terbaru,,,jadi ade sedikit perbezaan...

Jadi selama 2 hari di sana, maka dapatlah kami praktikkan segala teori yang kami telah belajar di kolej selama ini( yang dah lupa pun ada) hahaha...Ana dan kengkawan seramai 13 org ditempatkan di wad orthopedik. Kat sini semua kes berkaitan ngan tulang la..Dan kat wad tu ramai gak yang diabetik (berkaitan diabetes)

Dapat lah cuba amik BP( blood pressure) kpd org betul,,tak dilepaskan apabila diberi peluang cucuk pesakit untuk masukkan ubat melaui vein. ader jugak yang basuh b.o ataupun dalam bahasa kampung "berak". Hahaha. ana je tak dapat peluang lagi,,nak la try jugak...hahahaha

Tapi paling seronok dapat pegang dan picit kaki pesakit yang membengkak dan bernanah (pesakit diabetes) untuk memastikan jangkitan mikrob kat situ. Memula loya gak tapi sebab profesional punya pasal...belasah je la....hehehehehe

P/s: Nak crita pasal bau,,,cuba la bayang sendiri,,,hikhikhik

Monday, May 26, 2008

Merdeka....

setelah hampir 3 minggu bertunggus lumus untuk memastikan dapat menjawab soalan exam , akhirnya berakhir pada petang tadi...alhamdulillah.

Petang tadi jugak lepas exam Osce.. um lebih kurang praktikal untuk amalan2 kat spital...huhu

Tapi yang menjadi masalah pada petang tadi ialah untuk soalan psikologi la...huhu . Nak kata tak baca ,,,baca,,nak kata baca ,,tapi tak leh jawab. Bukan ana sorang tapi kesemua pelatih tak boleh nak jawab tuk soalan no 2 berkenaan psikologo bilazim....puas otak ni fikir,,,tapi tak kuar2...huhuhu...jadi ape lagi..goreng la kan,,huhu..

Memang pun dalam tempoh pembelajaran sebelum ni, tak penah pun dengar pasal benda ni..huhu.
Dan perkara ini di akui oleh kesemua pelajar...huhuhu,,,ape pun benda dah lepas kan...

Tapi kita orang tetap bertuah sebab kumpulan yang pertama yang dapat merasai praktikal kat kawasan klinikal pada semester 1...heh..tak sabar rasanyer nak stat esok..hehehe
sebab nyer kalau ikut kurikulum dahulu...praktikal bermula di sem 4,,jadi kitaorang cukup bertuah kan...

Jadi kepada semua kengkawan,,,Selamat menjalani latihan klinikal...

Khudafis...

Friday, May 23, 2008

Mood Exam

Alhamdulillah....

Telah selesai peperiksaan 4 1/2 kertas, rasa lega tu ade...cuma yang tinggal hanyalah kertas mikrobiologi dan Psikologi. Itupun pada 26 hb nanti...huhu...
dan hari ni,,kak pun ajak la ke port dickson.....disebabkan tak pernah sampai ke sana( walaupun tinggal di seremban) maka ikut la...dalam kul 4 atau 5petang ni,,,diorang kan datang amik kat KPPS..

Jadi..doakan kejayaan exam ni k.
Khudafis...

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru

Untuk semua guru yang mendidik dan mengajar diri ini..

Lilin Seorang Guru
In-Team


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini


Thursday, May 8, 2008

Kemalangan

alhamdulillah...hari ni selamat tiba di kolej Pembantu Perubatan, seremban setelah 4 hari bercuti.
Dan sekarang ni tgh curi2 mase tulis blog selepas seharian mengadap buku( betul ke???) hahaha
Betul!!!
Tak kisah la kan...sebenarnya sebelum menaiki bas semalam, ader satu kejadian yang tak dijangkakan telah berlaku pada diri ana...huhuh....
Kejadian ini berlaku pada jam 5:15 ptg dekat cabang 4, depan hotel New Pacifik( betul ke)kat Celcom Branch, jalan seri cemerlang@ dekat pejabat abe Yom...huhu
nak kata bawak motor laju tak jugak...dari rumah kelajuan tak lebih 60 km per jam...huhu tapi dah menjadi ketentuan pada waktu tu selepas hujan,,,motor yang dinaiki( skuter suzuki-kepunyaan Abe Yom) tak dapat dikawal dan menyebabkan terus menggelusur diatas jalan raya...sreeetttt............
dan daripada kemalangan seorang diri tersebut telah menyebabkan luka ringan pada kaki, lutut dan tapak tangan...huhu..alhamdulillah...nasib baik pada waktu tu tak de kenderaan lain kat belakang...
Tapi waktu menggelungsur atas tar jalan raya tersebut ana sempat la tgk org sekeliling,,,tapi diorang just tengok je...ana pun pelik jugak...ana pun terus bangun dan angkat motor yang masih hidup enjinnyer dan terus menuju ke wisma dengan kesakitan yang amat sangat pada lutut huhuhu...malu tu malu gak tapi wat selamber je...hahaha

Tuesday, May 6, 2008

Tazkirah Tok Guru

Pada petang semalam, ana berkesempatan mengikuti tazkirah tok guru MB Kelantan bertempat di Masjid Mukin Sabak. Alhamdulillah,,selepas pilihanraya Mac lepas , inilah petama kali bertemu mata dengan Tok Guru...Ye la,,,sekarang kan dah menetap di negeri orang buat sementara waktu...hehehe

Pada malam tu, Tok guru ader menyentuh mengenai kenapa kita membaca "ameen" selepas bacaan alfatihah dalam solat...selain daripada itu, tuan guru juga ader menyebut mengenai kehidupan kita yang menuju ke alam kekal abadi. Selain itu perkara yang paling menarik apabila tok guru menyatakan bahawa kita semua ialah kepunyaan Allah, sebab itulah kita tak boleh nak berlagak angkuh, sombong samaada dengan diri sendiri atau pun orang di sekeliling kita..

Bila dengar tok goru kata macam tu,,ana teringat kepada satu lagi kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Tok Guru..."Kalau kita samseng, Tuhan (Allah) lebih samseng dari kita...
Kenyataan ini telah menyebabkan banyak media dan pimpinan negara pada ketika itu "menghentam" Tok Guru,,sedangkan mereka tidak memahami ape yang dimaksudkan oleh Tuk Guru pada ketika itu...pada pendapat ana,,mereka yang bertindak demikian perlu belajar lebih banyak lagi terutama ilmu agama..atau mereka saje buat2 tak tahu dan sengaja berbuat demikian. Wallahu'alam

Kadang 2 kita perlu mengimbau kembali kenangan lama untuk maju kehadapan....


Sunday, May 4, 2008

Cabaran Pulang

semalam merupakan hari yang agak teruk dalam minggu ini,,,tapi ape yang berlaku tu semua ader hikmahnyer....

Perkara pertama yang berlaku apabila ana dan rakan( pa-e dan mudin) ke stesen kereta api di seremban. Kami merancang untuk balik ke kelantan dalam study week ini...konon2nyer nak minta restu...hehehe...dan alhamdulillah papa(penyelaras ) kita org membenarkan kami semua pulang( walaupun pada awalnyer papa tidak membenarkan...
Kami tiba di stesen dan amat terkejut apabila train yang akan kami naiki telah dibatalkan perjalanan...kami diberitahu bahawa ada train lain yang terbabas di landasan...
Disebabkan kami nak jugak balik ke kelantan,,,kami cuba cara lain...kami terus ke stesen bas berdekatan tapi sayang semua bas perjalan pada malam tersebut telah habis dijualana cuba hubungi Kak ni(segambut) tapi tiket jugak habis. Kamarudin pula menghubungi bapa saudaranyer untuk bertanya hal yang sama...pada mulanyer kami menyangka tiket ada dan terus menaiki komuter ke Klang (rumah bapa saudara Kamaruddin) ..tapi sekali lagi nasib tak menyebelahi kami apabila dalam perjalanan tersbut kami diberitahu bahawa tiket juga telah habis...huhuhu
Jadi kami pun berputus asa pada mulanyer dan membuat keputusan untuk balik ke rumah saudara masing2( nik-segambut, kamaruddin-klang, pa-e-gombak) dan berhenti di kl sentral.
Apabila menjejakan kaki di sana ,ana baru terfikir untk bertanya di kaunter ibu pejabat KTM di situ tentang perjalan keretaapi pada malam itu...Alahmdulillah..semangat kami untuk balik ke kelantan kembali membara apabila kami berjaya mendapatkan tiket ke kelantan...Syukur ke hadrat Allah...Cuma kami diberitahu bahawa kami perlu menaiki bas yang disediakan terlebih dahulu menuju ke kuala lipis dan di sana baru kami menaiki kerata api menuju ke kelantan..kami tak kisah pasal tu asalkan dapat balik ke kelantan...hehehe
Pada keesokan hari nyer ana sampai di wakaf bharu jam 11 pagi...
dan terus menaiki bas ke teratak di kg.sabak....

Itulah diantara cabaran kami kami tempuhi sepanjang perjalanan balik ke kelantan kali ini...dan kami semua masih lagi diantara golongan yang bernasib bik kerana dapat jugak balik...dan kepada rakan2 ana yang tak dapat balik tu...harap bersabar la yer...
Exam makin dekat Study jangan Tak Study k...Khudafiss