semalam merupakan hari yang agak teruk dalam minggu ini,,,tapi ape yang berlaku tu semua ader hikmahnyer....
Perkara pertama yang berlaku apabila ana dan rakan( pa-e dan mudin) ke stesen kereta api di seremban. Kami merancang untuk balik ke kelantan dalam study week ini...konon2nyer nak minta restu...hehehe...dan alhamdulillah papa(penyelaras ) kita org membenarkan kami semua pulang( walaupun pada awalnyer papa tidak membenarkan...
Kami tiba di stesen dan amat terkejut apabila train yang akan kami naiki telah dibatalkan perjalanan...kami diberitahu bahawa ada train lain yang terbabas di landasan...
Disebabkan kami nak jugak balik ke kelantan,,,kami cuba cara lain...kami terus ke stesen bas berdekatan tapi sayang semua bas perjalan pada malam tersebut telah habis dijualana cuba hubungi Kak ni(segambut) tapi tiket jugak habis. Kamarudin pula menghubungi bapa saudaranyer untuk bertanya hal yang sama...pada mulanyer kami menyangka tiket ada dan terus menaiki komuter ke Klang (rumah bapa saudara Kamaruddin) ..tapi sekali lagi nasib tak menyebelahi kami apabila dalam perjalanan tersbut kami diberitahu bahawa tiket juga telah habis...huhuhu
Jadi kami pun berputus asa pada mulanyer dan membuat keputusan untuk balik ke rumah saudara masing2( nik-segambut, kamaruddin-klang, pa-e-gombak) dan berhenti di kl sentral.
Apabila menjejakan kaki di sana ,ana baru terfikir untk bertanya di kaunter ibu pejabat KTM di situ tentang perjalan keretaapi pada malam itu...Alahmdulillah..semangat kami untuk balik ke kelantan kembali membara apabila kami berjaya mendapatkan tiket ke kelantan...Syukur ke hadrat Allah...Cuma kami diberitahu bahawa kami perlu menaiki bas yang disediakan terlebih dahulu menuju ke kuala lipis dan di sana baru kami menaiki kerata api menuju ke kelantan..kami tak kisah pasal tu asalkan dapat balik ke kelantan...hehehe
Pada keesokan hari nyer ana sampai di wakaf bharu jam 11 pagi...
dan terus menaiki bas ke teratak di kg.sabak....
Itulah diantara cabaran kami kami tempuhi sepanjang perjalanan balik ke kelantan kali ini...dan kami semua masih lagi diantara golongan yang bernasib bik kerana dapat jugak balik...dan kepada rakan2 ana yang tak dapat balik tu...harap bersabar la yer...
Exam makin dekat Study jangan Tak Study k...Khudafiss
No comments:
Post a Comment