jom borak!!

Friday, June 6, 2008

Penempatan Klinikal II




Setelah 2 minggu mengikuti penempatan klinikal , akhirnya tamatlah hari ini dengan sesi perbentangan kumpulan....naik pening jugak fikir pasal tu,,hari ni pun sempat tidor sejam sahaja semata2 untuk siapkan slide show tersebut...huhuhu...tapi dengan pertolongan ahli kumpulan benda tersebut berjaya disiaokan...alhamdulillah..

Bila habis saja penempatan tersebut,,rasa lega yang amat snagat. Macam baru keluar penjara.
untuk minggu kedua, sebenarnya tak banyak yang dapat dipelajari,,tapi aper yang menariknya di wad surgical (pembedahan) ni,,banyak kes kes yang melibatkan penyakit di kawasan gastrousus.
Atau bahasa mudahnya organ dalaman la seperti bahagian perut, usus, esofagus termasuklah juga rektum. Selain tu kes kanser gak banyak,, seperti ca payudara, ca rectum, ca colon dan lain2 jenis jenis cancer.

tapi ape pun , keseronokan tetap ada. bukan ape rasa teruja sebab biasa kita masuk wad samaada sebagi pelawat atau pesakit, tapi kali ni ana berada dalam wad sebagai perawat...hehehehe..seronok la kan...hahahaha.

Seronok..seronok gak tapi ader berita yg tak seronok jugak....harga minyak MELAMBUNG NAIK...huhuhu...walaupun ana tak menggunakan kenderaan bermotor di sini,,tapi bimbang la jugak,,,nanti harga makanan pun mesti naik,,tambang bas lagi,, hai,,,kalau elaun naik mendadak camtu kan bagus..huhuhu

p/s : nasib baik la komuter tak pakai minyak petrol,,kalau tak jngan harap la nak singgah rumah kak ni lagi...hahahahaha

No comments: