jom borak!!

Friday, December 31, 2010

kaitan hari jumaat dan budu..







salam..
hahaha
tajuknya mcm kampung je kan..
hehe..da mmg kat kampung skang ni
tajuk pon ikut mood la

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



sebenarnya kaitan tu hanyalah antara keluarga semerah ngan budu dan hari jumaat
begini
sejak semerah tinggal dengan famili semerah
selama 23 tahun ni
hari jumaat merupakan hari yang cukup istimewa bagi kami
seramai 16 orang adik beradik
bersama ibu ayah tercinta
ditambah pula dengan 7 orang menantu
ditemani oleh 23 ( kot ) orang cucu
kami akan berkumpul di ruang dapur
untuk sama2 menikmati
keenakan budu



biasanya kami akan makan selepas selesai solat jumaat
dan hari jumaat jugalah kami dapat berkumpul dengan jumlah yang besar
kalo hari lain
semua sibuk
ngan kerja
kalo datang pon
petang2 jah

dan tradisi ini masih diteruskan
hingga ke hari ini

dan bagi semerah sendiri
semerah cukup bangga dengan tradisi ini

p/s :pada malam jumaat pula, kami sekeluarga akan berkumpul juga - untuk surah bersama ")

No comments: