jom borak!!

Friday, August 5, 2011

Kelebihan Jumaat #1




بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Abdullah bin Mundzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda;
'Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar di sisi Allah.
Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari raya fitri.
Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu penciptaan Adam,
pada hari itu dia dikeluarkan daripada dari syurga,
pada hari itu juga dia diwafatkan
dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu daripada Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya
selagi tidak meminta yang haram.
Pada hari itu kiamat akan terjadi
dan tidaklah seorang malaikat muqarrabin pun di sisi Allah azza wajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat,
(tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.'

jazakallah

No comments: