jom borak!!

Thursday, July 30, 2009

Sudu & Glepu...

Masa : 9.33

Lokasi : Quaerters PMA KK Pedas

Mood : “agak happy”

Assalamualaikum…

Hah..lama betul x log in blog ni..hehehe..dah hampir sebulan la kan…heh camne nak dapat RM50 ni kan,,hehe…( senyap je penganjur,,buat2 lupa la tu )

Skang ni semerah berada di penempatan klinikal selama sebulan di klinik kesihatan pedas..ye la..bila da masuk sem baru..sume berubah kan..skang ni da tak belajar dalam kuliah da,,tapi da mula penempatan klinikal sepenuh mase sepanjang 4 bulan,,tapi dibahagikan..bulan pertama kat klinik,,pasni g kat psikiatri,,pastu masuk wad medical dan surgical kat Hospital Tunku Jaafar ,Seremban..tu la jadual pada sem ni,,akhir sem cam biasa exam..huhu

Tapi kali ni,,semerah akan crita sedikit la apa yg telah semerah lalui sepanjang ketiadaan masa untuk update blog ni,,maka bermula..

28 Jun 2009

Tiba di KPPS untuk lapor diri sebagai urusetia program orientasi pelatih baru ( kumpulan 75 ). Bermula hari tu, semerah menjadi org yg agak sibuk bila perlu uruskan beberapa perkara yg masih belum selesai bersama ngan Timbalan YDP MTP ( bekas roommate ). Orientasi bermula 1 Julai dan berlangsung selama 4 hari..Sepanjang menjadi urusetia, kami hanya sempat melelapkan mata selama 4 jam sahaja setiap hari ..tidur yg x berkualiti ( tidur yg berkualiti ialah selama 6-7 jam bagi orang dewasa). Tapi kami tak kisah sebab sekurang-kurangnya kami dapat sumbangkan tenaga dan masa untuk mendidik adik kami yg masih baru ni dalam dunia KPPS ni..Program diorang berakhir dengan persembahan yg cukup menarik pada majlis penutup..semerah harap kumpulan ini akan meneruskan perjalan yg baru ini dengan penuh semangat dan tekad hingga Berjaya..amin..


oit..bersilat ke..haha

baru lepas skuad jump

letih den!!

Last day

geng 75

Para UruSeTiA...10s alOt Guys

6 Julai 2009

Bermula pembelajaran di semester baru di Klinik Pedas..lebih kurang 20 km dari seremban,, x jauh sangat tapi boleh tahan la..hehehe..kat sini semerah dan kengkawan ditempatkan kat unit kesihatan sekolah dan klinik ibu dan anak,,x banyak perkara menarik berlaku cuma setiap hari ada je pengajaran dan pengalaman yg berharga buat semerah sebagai bekalan bila dah keje nanti..orang kata kalau berkaitan masalah ngan budak sekolah dan juga ibu mengandung, dan juga budak kecik ni,,x jadi hal la.(hehehe)

GENG 72

TadIka Orang Asli...comei2 kan

PoSinG SkiT...


Iphone

Hehe..agak mengujakan,,ye la dah dekat sebulan da pakai benda ni,,nak kata seronok pakai tu,,seronok tapi dalam mase yg sama perlukan penjagaan yg rapi..tak tau la nape,,tapi macam gitu la bila kita beli sesuatu dengan duit kita sendiri ,,betul tak..

Nak kata ada kelainan ngan handset sebelum ni,,x de la banyak beza tapi macam ada sesuatu yg menyebabkan bila pakai iphone ni seronok..mungkin sebab x perlu risau pasal keypad kot..hehehe

Tapi macam besar sikit bila dalam poket..huhuhu

ku milikmu

Derma darah

Pada 25 hb ari tu..semerah sempat derma darah yg dianjurkan oleh kolej..derma darah ni untuk kali yg ke 15..haha..tu pun nasib baik LULU yg ajak..ye la kan..derma darah ni benda yg elok..amalan yg mulia..orang kata kita nak cuci darah je,,bila darah kita diambil,,darah baru akan terbentuk,,badan pun akan lebih sihat,,x gitu..GEMUK??..x de la..mitos je sume tu,,semerah dah banyak kali derma,,x lak gemuk..huhu..kalau dulu kita leh derma setiap 3 bulan tapi skang 2 bulan skali pun boleh,,hah..jom la ramai2 kita derma darah..tapi kalau anda bawah 18 tahun..tunggu la sampai cukup umur..

aDoiii!!

rasanya sampai sini dulu la kot..nanti ada mase kita bersua lagi k..
salam