jom borak!!

Monday, January 31, 2011

Ya Allah, selamatkan Mesir dan seluruh Isinya

dalam berita hari ni
tidak bnyak yang menceritakan
hal sebenar
yang berlaku di mesir
selain isu fasha sandha, pilihanraya dun Tenang dan iklan tuk pemilihan AF

hakikatnya
apa yang berlaku di mesir lebih teruk dari yang kita fikirkan

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

huru hara di mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 6000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…6000 banduan telah terlepas dari penjara. 6000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas?

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

7. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

8. Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. krisis mesir, nasib pelajar kita

2. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir

Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini.

Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera.

kredit to jomphp

Saturday, January 29, 2011

kemalangan di Kamdar Kota Bharu ( video didalam )

kejadian ni berlaku lebih kurang pukul 10.45 pagi pada 24 januari lepas

akibat kejadian ni, seorang penunggang motosikal meninggal di tempat kejadian




betul la orang tua berkata
malang tak berbau

berada di atas jalan raya
kena selalu beringat

tapi kadang2
bila kita beringat
orang pula yang lupa

p/s : berdoa supaya sentiasa selamat dunia dan akhirat!!

Tuesday, January 25, 2011

UFO di yogjag?





terbaca kosmo hari ini
pasal tanda ufo mendarat di sawah
dekat indonesia
tanda ni dikenali sebagai crop circle
nak tgk yang lain klik di sini

gambr dari kosmoonline

masyarakat setempat tidak lepas peluang mengambil gambar


agak2 dia singgah kat malaysia tak..hehe



Saturday, January 22, 2011

Trust In Him



dengan segala kepenatan
yang menimpa semerah hari ni
membuatkan semerah
terfikir
apa yang berlaku merupakan
sebahagian perancanganNya
semerah mula tersenyum kembali.




Friday, January 21, 2011

awan nano

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu



Prepaid untuk internet? Layari internet dengan harga rendah dari RM 1.70/sehari tanpa komitmen! Dapatkan sekarang!

Tuesday, January 18, 2011

penantian tiba di penghujung..yay..apat keje dah!!

2 disember abes study
dengan induksi skali

hari ni
18 januari
dapat gak tau posting keje kat mane




7 februari
semerah akan lapor diri..
yay!!
x sabar

p/s : kena study balik la ne..haha

Monday, January 17, 2011

Nah,rogol adik kau ini!!



Nah,rogol adik kau ini!!

adakah perkataan diatas yang diungkapkan oleh seorang "ibu" kepada anak lelakinya?

"akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh sebelum menyerahkan dia kepada lelaki yang meminjamkan hutang kepada ibunya sebagai pelepas nafsu"- lili,26 tahun ( bukan nama sebenar)

kini,
bapa tidak lagi boleh dipercaya
ibu menjadi orang hina
abang menjadi semakin durja
adik sendiri menjadi mangsa

apakah keluarga begini yang kita inginkan?

Na'uzubilllahiminzalik..

link berita penuh : hmetro

Sunday, January 16, 2011

hujung minggu yang kotor..eww!!


hahaha...gelak dulu sebelum tulis entry kali ni..
motif?...saje2..hahaha( gelak lagi)

kali ni, semerah nak share tentang aktiviti semerah ujung minggu ni..
ingt nak tulis semalam
tapi sebab cbuk ngan nak medikal check up la
isi borang la
nak jumpa pesuruhjaya sumpah
jadi terbantut
so, hari ni baru sempat..

kejadian ini terjadi pada sabtu lepas
huish..memang menjijikan
dengan lumpur hijo yang amat sangat
ingat nak letak gmbr..tapi takut sape2 yg bace ni
muntah lak..haha

sebenarnya semerah dan ayahanda di 'bantu' oleh askar2 merah ( bukan penyokong thaksin tau)
telah melakukan kerahan tenaga untuk
mencuci kolam ikan di rumah
itu pun setelah 5 bulan x cuci kot
huish..bau pon boleh tahan

jadi,,pagi2 lagi kami bertunggu lumus

1- memastikan air dikeringkan dari kolam ( misi berjaya dengan 5 bintang setengah)
2- memastikan ikan2 dikeluarkan dari kolam sebelum air kering
3- memastikan lumut yang pekat amat dikeluarkan dengan sudip sebelum air kering
4- batu2 dicuci
5- ikan dilepaskan semula setelah kolam bersih dan air baru dialirkan ke dalam kolam tanpa me'mampus'kan ikan2 tersebut ( misi ini gagal,sekor ikan mati akibat tercekik asam boi)..hehe
6- memastikan perut diisi dengan keropok lekor dan air oren 'sanquick' ( berjaya dengan amat jaya sekali)

itulah antara misi2 yang perlu diselesaikan oleh semerah n askar2 merah dan kami telah diberi pingat bintang
sebagai perhargaan kami pada hari it...( pingat beli sendiri )



macam kacau dodol la plak..:P

gosok jgn x gosok..

tentera merah

ark!!

nape la x berkilat2 neh

acara lepaskan ikan

bergambar bersama tentera merah

opss..terlepas sudah!!

ni la ghopenyer!!


nanti 5 bulan akan datang kita cuci lagi ye..kwang3


p/s : ikan pon perlu jaga kebersihan ye!!

Friday, January 14, 2011

alamak..x de limau free la taun ni.!!





haiyyaa..manyak lugi oo ini taun..
itu limau flee aa..
talak sampai punyaaa!!
hayya..

lu tanya apa pasal?
lu talak baca itu sulat kabar woo..klik di sini




basuh tangan?..penting ke?..perlu ke?






Tengokkan tajuk entry...mudah je kan

Basuh tangan?...sape tak tau

Budak umur 1 tahun pon pandai basuh tangan kan..

Tapi yang jadi masalahnya,,tahukah kita

Cara basuh tangan yang betul?

Bila perlu basuh tangan,,,setiap masa? Hari-hari? Setahun sekali? (melampau neh..haha)

Haha..secara praktikalnya..semua orang tau kaedah basuh tangan


Lepas makan basuh tangan

Keluar tandas basuh tangan

Tapi betul ke cara kita basuh?


Eh basuh tangan pon ade cara ke?...belasah je la kan

Amik sabun skit

Gosok2

Bilas...ha..da pon

tapi, yakinkah kita bahawa semua kuman dapat disingkir kan..urmm..

baik lah,,jom kita tgk kenapa basuh tangan

pon perlu ikut kaedah yang betul

Membasuh tangan dengan cara yang betul adalah

cara yg terbaik utk menghalang bakteria atau kuman drpd merebak.

Cuba fikirkan tentang semua benda atau objek

yg kita pegang dan sentuh hari ini,

spt telefon, tandas, tisu yg kita gunakan

utk mengelap hingus di hidung ( eeww)

dan sebagainya.

Apa sj yg kita pegang dan sentuh hari ini,

sebenarnya telahpun meyentuh kuman.

adakah ini rupa kuman tu..ewww

atopon, cam ni,,gulp

Amat mudah sekali kuman ini masuk ke dlm mulut melalui makanan apabila anda makan menggunakan tangan

anda jika tangan tidak dibasuh ngan sempurna..

ala..pakai je sarung tangan

erk..elowww..takkan la nak pakai sarung tangan sepanjang mase..adoii

berapa bnyak duit dihabikan tuk sarung tangn tu..


jadi, basuhlah tangan anda sekerap yang boleh

jangan jadi pengedar penyakit kepada oarng lain da la

kalau pengedar dadah, boley digantung

pengedar penyakit?..hurmm..fikir2kan lah ye..

p/s : x de penyakit, x de le sakit...betul tak?

Thursday, January 13, 2011

pandai ke bergaya??




haha
entry kali ni
macam lari dari lumrah skit
mungkin bukan bagi orang laen
tapi bagi semerah
bergaya @ berfesyen ni
bukan sesuatu yang sejiwa dengan diri

tapi mungkin tu semua dulu la..
x percaya..tgk ni

t-shirt dan seluar trek..haha..tgk stye rambut..

ni pon same..main golf,,tapi pakai trek je,,mcm x kena kan

xxxxxxxxxxxxx

bnyak lagi kot gambr yang menunjukkan
yang semerah memang x pandai bergaya
pendek kate. x de gaya la...haha

sampai la sekarang ni
masih sama
x pandai bergaya
cuma bila kita da remaja
da masuk 21...22...23 dan keatas
penampilan kita perlu jaga
kena kelihatan 'smart' sentiasa
baru la kena gaya..x gtu
sekarang beginilah keadaan semerah

di queensbay, penang

MAHA 2010

bersama rakan di dataran pahlawan mlaka ( rindu tempat ni!!)


kfc seremban..haha


xxxxxxxxxxxxxxxxx

tapi walau ape pun gaya semerah
mudah-mudahan semerah x lupa
orang yang selama ini
berada disisi semerah..
dan juga Pencipta Yang Maha Esa..

p/s : adakah transformasi telah berlaku..haha



Wednesday, January 12, 2011

Maher Zain datang lagi!!!

entry kali ni, semerah hanya nak ajak semua rakan2
blogger @ bukan blogger
yang terbaca entry ni
jom kita ramai2
pegi ko konsert MZ..yay!!

rasenyer sape x kenal maher zain neh
di Official Page MZ 900 000 ribu fan adalah dari Malaysia..haha
suku rakyat kita minat dia..hehe
dalam en google pon lagi hebat dari justin bibir..hehe
anak2 kecil pon tau nyanyi lagu dia, apatah lagi maka dan bapak budak..haha

Jadi, konsert ni akan berlangsung seperti berikut :



harga tiket pula adalah seperti berikut :


RM297 | RM253 | RM203 | RM103 | RM53

mahal ke?
tak lah ..memang berbaloi
berhibur dalam dakwah

malam konsert tu jugak bukan MZ sorang je yang perform
turut bersama pada malam tersebut sahabat MZ iaitu
Mesut Kurtis dan Irfan Makki
dan tak lupa kumpulan nasyid tanah air kita
InTeam

Segala maklumat lanjut , boley la try usha dekat fb ini ye :

Maher Zain Life In Concert
Maher Zain Malaysia Fan Club (MZM FC)

p/s : MZM FZ tengah merekrut fan mereka untuk jadikan 100 000, kepada yang belum
ape lagi klik di sini, pastu 'like' ok...hehehe :P














Tuesday, January 11, 2011

tipah tertipu!!!

erk..haha
nak gelak lagi la
hehehe

ingat da nak tido
tiba2,,terbaca la artikel kat ohbulan!
pasal pencetus 2 alam.DDRozmey..

katenyer nak buat laman sosial gak
ddRbook
ye la..sejak2 khabar angin
kata facebook nak tutup
takkan tertipu gak kot



agaknya ddr ni x ikut perkembangan semasa sangat kot
haha
apepun, kita tunggu dan lihat
fannye mesti sampai 400 juta kot..opss :P

k la..layan

p/s : nak g tido lah!!
p/s 2: kadang2 bergosip juga..hehe


Sadis 11.1.11




agaknya manusia sekarang tidak tahu lagi menghargai anak2 mereka
jika anda baca Harian Metro hari ni ( 11.1.11 )
terpampang berita mengenai seorang kanak2 3 tahun
mati akibat didera oleh ibu tirinya!!
Ya Allah, mane perginya kemanusian pada manusia yang bergelar "ibu" ni!

pada mulanya,wanita tersebut mendakwa anak malang itu mati akibat lemas
tetapi dia tidak dapat menipu pihak hospital
setelah autopsi ( bedah siasat ) dibuat
ternyata terdapat lebih 73 bekas deraan
dan hasil nya, anak tersebut meninggal akibat perbuatan dera
dan bukan disebabkan lemas

da la dera, menipu plak tu
ibu tirinya baru saja berumur 25 tahun.

yang menjadi persoalannya disini
apakah perempuan perempuan yang seramai 13,453,154 juta orang
yang tinggal dan hujud di malaysia hari ini tidak mempunyai sifat yang dipanggil "kemanusiaan" dan "kasih sayang"

semerah yakin tidak
kerana hanya sebilangan kecil sahaja golongan tersebut
yang dikatakan tidak mempunyai sifat mulia tersebut
malah tidak sesuai pun jika dikatakan mempunyai
sifat "kebinatangan"
kerana BINATANG LEBIH KASIHKAN ANAK-ANAK MEREKA!!!!

sumber berita :hmetro

p/s: sayang Allah, sayang Nabi, sayang Keluarga

Monday, January 10, 2011

Dunia akan benar2 hancur!!




yup..hari ni semerah akan bercakap mengenai dunia kita
tajuk mungkin agak berat
tapi sedar tak kita bahawa
dunia musnah bukan disebabkan
oleh kejadian alam ( ex. gempa bumi, tanah runtuh dll )
semata-mata
tapi disebabkan oleh manusia..iaitu kita sendiri!!!

salah satu perkara yang menjadi perosak kepada dunia ialah plastik..tak kira beg plastik ke, polystherine dll
sumber ni menjadi salah satu penyebab kepada kemusnahan alam.
jadi Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik yang baru dikuatkuasakan
bermula 1 januari lalu
sedikit sebanyak dapat menjaga 'kesihatan' bumi kita

Semerah amat setuju seandainya rakyat negara kita sedar betapa penting menjaga alam sekitar dari tercemar oleh bahan-bahan plastik atau pollyethene ini.

Sebenarnya plastik ini adalah suatu bahan yang sebahagian besarnya dibuat dari ethene iaitu waste product penghasilan domestik gas asli.jadi, kalau kita tak buat plastik, kita kena bakar pulak ethene ini begitu aje. Namanya membazir pulak.

Gas yang terhasil dari pembakaran plastik memang amat merbahaya kepada semua kehidupan. Begitu juga apabila plastik ini terdedah kepada keadaan suhu melampau. Pastik memang boleh di’recycle’ seperti juga kertas. Masalahnya sekarang ini, rakyat negara kita ini otak dan pemikiran mereka susah untk di 'cycle'. Susah untuk menerima perubahan.Susah untuk sedar betapa pentingnya menjaga alam sekitar kita. Apatah lagi bila kena bayar 20 sen kat supermarket untuk dapatkan beg plastik atau kena bawa sendiri karung dari rumah untuk mengisi barang bila pergi shoping.

Jika kita nak galakkan orang ramai menggunakan beg kertas, masalah lain pula timbul. Kita juga perlu jaga hutan kita.
Kertas berasal dari kayu. Ini akan menyebabkan lebih banyak berlakunya penebangan hutan belantara kita.

Kertas juga sebenarnya kalau kita biarkan mereput dibumi, akan menghasilan gas hijau 23 X lebih kuat berbanding penguraian plastik. Bila terlalu banyak penghasilan gas hijau, ini akan memerangkap CO2 yang menyebabkan peningkatan suhu bumi. Sekarang inipun suhu bumi dari sehari ke sehari telah mula meningkat. Peningkatan suhu bumi pula akan menyebab pencairan ais di Kutub Utara dan Selatan. Ini akan memusnahkan habitat hidupan kutub.

Sebagai orang yang sedar petapa pentingnya menjaga alam sekitar kita dari terus tercemar atau musnah diakibatkan kecuaian kita berinteraksi dengan persekitaran kita, teruslah berpesan-pesan kepada rakan-rakan kita, saudara-saudara kita, anak-anak kita, rakan-rakan pemancing kita atau siapa sahaja yang kita kenal supaya sayangilah alam sekitar kita.

Plastik dan kertas sama sahaja. Yang penting sebagai manusia, kita bertanggung jawab menjaga alam sekitar kita. Jangan buang sampah seperti plastik dan kertas di merata-rata. Kertas dan plastik boleh dikitar semula

Tepuk dada, tanya iman!!

p/s : suka bawa beg sendiri :)

Saturday, January 8, 2011

PTPTN..pinjaman kan?




PTPTN...bukan orang tak tau pun kalo x define makna dia
majoriti yang yang belajar kat universiti
sah..sah..PTPTN menjadi igauan
ketika dan saat bila?
ketika duit da kopak..bila la PT nak masuk..hehe


semerah pon pernah buat pinjaman ngan ptptn ni
tapi ..tempohnye x lama
2 semester je..tu pun dekat 5ooo ..


tapi yang menjadi isu disini
adakah wang pinjaman tersebut
digunakan sebetulnya oleh mereka-mereka?


bukan ape..
semerah terpanggil tuk tulis entry ni
sebab ade segelintir golongan yang menerima PTPTN
yang x guna pinjaman tersebut dengan betul kot!!..
ye ke??

kalo guna duit tu untuk makan minum, beli barang keperluan
boley terima gak..
tapi kalo da beli
DSLR, Phone yang beribu harga, dan barang2 lain yang
boley dikatakan mewah
itu guna dengan baik ke??
hehe..sape2 yang terasa dengan ape yang semerah tulis ni
harap jgn cepat melenting

bukan ape
duit tu sekadar pinjaman je
kena bayar balik
lagi banyak lak tu
nanti mase nak bayar
jangan tangguh2 da la yer



so,.gunakanlah ia dengan sebaiknya..
tepuk dada, tanya iman :)


p/s : suka kalo dapat pinjaman PAMA ( papa dan mama)


Friday, January 7, 2011

handset SE baru..perghhh!!






pergh..sekali tengok..memang berkenan..
kalau la kuar awal skit ( ape la SE ni,,suka kuarkan yg menggiurkan hati neh )

Sony Ericsson XPeria Arc
itulah nama yang diberikan kepada kelahiran barunya ni
ni kenyataan media dari blog SE

kalo korang malas nak bace @ x tahu bace ( kekekeke)
semerah crita la secara overall k..

platform : android 2.3 ( wow )
ketebalan :8.7 mm ( x patah ke..haha)
saiz skrin : 4.2"
kamera : 8.1 ..HD lagi..




huhu..memang semerah berkenan la..
tapi x kuar lagi
dijangka 3 bulan akan datang
malaysia ?..ntah..lalala~~

nak tahu lebih lanjut..klik disini

hujan, air dan bot




disaat dan detik semerah menulis entry ini
hujan masih mencurah - curah
turun dari langit ke bumi
di kala ini juga
angin sejuk menusuk ke jasad
ibarat berada di pergunungan alps kembali
psttt...ada gaya penulis puisi tak...haha


kenangan bnjir depan rumah


sejak 2 hari yang lepas
hujan x brenti2 lagi
dalam berita tv3 semalam pon
da diberitahu
banjir di kelantan semakin teruk
sekolah ade baru bukak hari rabu
tup..tup..semalam (khamis )
kul 11 pon ade sekolah yang tutup kembali
ni semua hikmah banjir agak nya

ni bkn bnjir..haha..sekadar gmbr hiasan

bila banjir
yang paling gembira
budak2 sekolah
sekolah tutup...cuti
dapat main air
mase ni semua dia angkut keluar
perahu...rakit...tong drum...

yang tak gembira sangat
orang2 dewasa
termasuk ibu bapa
kena pindah dok kat kawasan pemindahan banjir
rumah tenggelam
harta tenggelam

tapi itu semua merupakan ujian dariNya
kita sebagai hamba
Redha dan berdoa
setiap ujian dari Allah itu adalah penghapus kepada dosa
Insyaallah

Wednesday, January 5, 2011

kelahiran ke 20



ingat lagi tak post semerah pasal cerita orang
ala yg kakak semerah dah due pon..x beranak2 l
agi tu,,hehe

maka semalam secara rasminya
setelah memohon perkenan duli2 yang terkecik


gambar dari fb alkhazain


alhadulillah pada tanggal 4 . 1 . 2011 jam tgari..(hehe)
maka seorang lagi puteri selamat dilahirkan setelah OS membuka sebnyak 10 cm..
maka proses kelahiran kedua yang bermula
dengan os membuka 10 cm sehingga bayi berjaya dikeluarkan ( ilmu obstetrik dan ginekologi )

gambar pau dari fb tikah

peringkat ketiga lak,,apabila plasenta bayi dikeluarkan dengan jaya tanpa komplikasi pada ibu ..
wah..sambil study neh..hahaha

dan kelahiran ini menggenapkan bilangan anak sedaraku seramai 2o orang..
ni kalo raye..alamat kopak la ayah teh cam ni....haha

p/s : teringat mase praktikal kat bilik bersalin taun lepas..mcm2 kes jumpa..

Tuesday, January 4, 2011

Naik Lagi!!!!

tengah orang2 kat kita dok sibuk pasal minyak x de..
tup..tup..minyak ni naik harga lak..
adoii...
ni semua pasal minyak masak dan petrol R97




kalo kewangan seseorang tu kukuh umpama bangaunan KLCC, x pe la
kalo yang jenis kais- mengais tu,,ape cer,,

bila da minyak naik..barang-barang laen pon secara automatik turut naik..
kesian kan

p/s : jangan sampai orang 'naik minyak' sudah :P

Kisah Cinta Yang Dulu Tiada Bergema


Apek & Aimie Harmelia~
(Kisah cinta meraka sangat menarik, ibarat cinta Mawi dan Ekin.)

Seperti yang kita maklum, bahawa Apek atau Khairul Fahmi Che Mat dan Aimie Harmelia ialah sepasangan kekasih yang bercinta. Meraka bercinta ketika Apek masih belum lagi dikenali ramai. Dahulunya,hubungan mereka biasa sahaja, tiada siapa pun yang peduli akan hubungan mereka berdua.Namun kini, setelah Apek mendapat jolokan Penjaga gol nombor satu negara, hubungan mereka seolah-olah tidak direstui sesetengah peminat kaum wanita. Sehinggakan ada yang terang-terangan memaki hamun teman wanita Apek.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana itu adalah hak meraka untuk bercinta. Dan yang paling memalukan,bila ada artis wanita yang muka tak malu, secara berani di FB terhegah-hegah meminta Apek untuk menghubunginya. Dan mujurlah Aimie tidak cepat melatah dan dia pernah memberitahu bahawa dia lebih tahu dan mengenali hati budi Fahmi.

Kepada para peminat wanita diluar sana, tidak salah untuk anda meminati Apek, namun janganlah sampai anda memalukan kaum anda sendiri dan waraslah dengan fakulti akal yang anda diperolehi itu. Minat pada bola, minat pada individu, tidak semestinya hadir dengan perasaan cinta, ia boleh disemai dengan rasa minat atau rasa sayang. Jika hati Apek sudah pun dimiliki, usahlah menyimpan rasa cinta pada batang tubuhnya lagi, cukuplah rasa cinta dan sayang pada anugerah bakatnya itu yang dianugerahkan oleh yang maha ESA itu.

Sama-samalah kita berdoa semoga merpati sejoli ini akan bersama-sama sehingga ke akhir hayat dan MGDC berimpian untuk "Melukis Gambar Apek & Aimie Harmelia Dengan Cahaya Di Atas Pelamin Mereka"
amin..

p/s : serita ni semerah meng"teh"kan ia dari fb saja
credits to Melukis Gambar Dengan Cahaya
x sempat minta izin share..hehe :P