jom borak!!

Monday, August 29, 2011

Lebaran Ini




petang 29 Ramadhan

kebiasaannya, sehari sebelum raya
pelbagai aktiviti dilakukan semerah
bersama ahli usratie yang laen
seawal pagi
aktiviti membersihkan kawasan rumah
waktu neh semua bersemangat
esok nak raya
maka semua rajin la
haha



lepas tu
membantu che menyiapkan hidangan yang menjadi kemestian
setiap kali raya
ketupan palas
dari cari kelapa
sampai la ke acara membungkus ketupat
waktu camni kalo x bising x sah la
ade je benda nak diperkatakan


video

dan kemeriahan ini makin erasa bila aktiviti berbuka dengan kehadiran semua ahli usrati seramai 16 orang disertai ipar dan beras..opss biras..hehe

dan yang pasti
semerah tidak dapat menyertai mereka
pada tahun ini
huhu
sedey tu ade tapi
itu lah hakikatnya
bila bekerja di tempat yang tak penah dan x boleh tutup nh
haha

apepon
semerah ingin mengambil kesempatan ini
mengucapkan





Saturday, August 20, 2011

perlukah kita menunggu laillatul qadr itu


alhamdulillah

hari ni da masuk kepada peringkat yang ketiga puasa
dan semerah yakin
semua muslimin dan muslimat
sedang berusaha dengan gigih dalam melakukan
amal ibadat
tak kira disiang hari dan juga di malam hari

ada juga dikalangan kita sedang berkira-kira
mengenai bilakah jatuhnya malam lailatul qadr?
ade yang kate 21 , x kurang yang kate 23

ade jugak yang fikir "asal malam ganjil aq nak buat ibadah lebih lah"
ade yang terlintas " malam tujuh likur tu, malam lailatul qadr la kan?"

ape jua perkiraan kita
ape jua fikiran kita
percayalah
asalkan kita melakukan ibadah tersebut
InsyaAllah...ganjaran itu pasti ada

semoga malam -malam yang berbaki ini
kita akan menambahkan pecutan amal kita
kita bukan menunggu lalilatul qadr
tetapi kita memburu
hatta tamat ramadhan sekalipun
kita tetap akan memburunya
sampai bila-bila

jika ada yang bertanyakan semerah :: wallahua'lam~allah jua yang mengtahuinya::



Friday, August 5, 2011

Kelebihan Jumaat #1




بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Abdullah bin Mundzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda;
'Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar di sisi Allah.
Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari raya fitri.
Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu penciptaan Adam,
pada hari itu dia dikeluarkan daripada dari syurga,
pada hari itu juga dia diwafatkan
dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu daripada Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya
selagi tidak meminta yang haram.
Pada hari itu kiamat akan terjadi
dan tidaklah seorang malaikat muqarrabin pun di sisi Allah azza wajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat,
(tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.'

jazakallah

Wednesday, August 3, 2011

tetiba facebook tak boley di buka


jam 12:45 pagi
3 august 2011

tengah 2 melayari laman muka buka
tetiba jer
laman fb ilang
dan yang muncul benda neh


haha..ape dah jadi
aq yang kena virus
atau facebook yang bermasalah

nakal facebook neh!!

Monday, August 1, 2011

ramadhan itu




بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

tarikh : 1 ramadhan 1432H
1 ogos 2011M
masa : 3.30 pagi
lokasi : kaunter triage satu, edhsnz




alhamdulillah..kita telah pon memasuki satu bulan
yang penuh dengan keberkatan dan keampunan
semoga dengan kedatangan RaMaDhan kali ini
memberi kita sekali lagi
peluang untuk bersama2 menceduk
segala nikmat yang terdapat pada bulan yang mulia ini

sekarang ni semerah kat tempat kerja
x sangka pulak tahun ni
malam pertama untuk terawih berjemaah
semerah terpaksa bekerja

sebelum2 ni
x pernah pulak
orang tengah terawih
semerah plak tengah melayan
pesakit yang datang
tuk dapatkan rawatan

malam ni ni pulak
bukan seperti malam biasa
pesakit x putus2 datang

namun begitu
walaupun bekerja
semerah masih sempat berterawih
walaupun bukan secara berjemaah di masjid

peluang yang datang hanya 30 hari dalam 360 hari setahun ni takkan
dilepaskan begitu saja
selagi mampu
kita buat

pahala dapat
malah berlipat kali ganda lagi

hehe..tak gitu bro

k la..sekian dulu tuk kali ni

::mencari rahmat di awal ramadhan::