jom borak!!

Tuesday, January 4, 2011

Kisah Cinta Yang Dulu Tiada Bergema


Apek & Aimie Harmelia~
(Kisah cinta meraka sangat menarik, ibarat cinta Mawi dan Ekin.)

Seperti yang kita maklum, bahawa Apek atau Khairul Fahmi Che Mat dan Aimie Harmelia ialah sepasangan kekasih yang bercinta. Meraka bercinta ketika Apek masih belum lagi dikenali ramai. Dahulunya,hubungan mereka biasa sahaja, tiada siapa pun yang peduli akan hubungan mereka berdua.Namun kini, setelah Apek mendapat jolokan Penjaga gol nombor satu negara, hubungan mereka seolah-olah tidak direstui sesetengah peminat kaum wanita. Sehinggakan ada yang terang-terangan memaki hamun teman wanita Apek.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana itu adalah hak meraka untuk bercinta. Dan yang paling memalukan,bila ada artis wanita yang muka tak malu, secara berani di FB terhegah-hegah meminta Apek untuk menghubunginya. Dan mujurlah Aimie tidak cepat melatah dan dia pernah memberitahu bahawa dia lebih tahu dan mengenali hati budi Fahmi.

Kepada para peminat wanita diluar sana, tidak salah untuk anda meminati Apek, namun janganlah sampai anda memalukan kaum anda sendiri dan waraslah dengan fakulti akal yang anda diperolehi itu. Minat pada bola, minat pada individu, tidak semestinya hadir dengan perasaan cinta, ia boleh disemai dengan rasa minat atau rasa sayang. Jika hati Apek sudah pun dimiliki, usahlah menyimpan rasa cinta pada batang tubuhnya lagi, cukuplah rasa cinta dan sayang pada anugerah bakatnya itu yang dianugerahkan oleh yang maha ESA itu.

Sama-samalah kita berdoa semoga merpati sejoli ini akan bersama-sama sehingga ke akhir hayat dan MGDC berimpian untuk "Melukis Gambar Apek & Aimie Harmelia Dengan Cahaya Di Atas Pelamin Mereka"
amin..

p/s : serita ni semerah meng"teh"kan ia dari fb saja
credits to Melukis Gambar Dengan Cahaya
x sempat minta izin share..hehe :P

4 comments:

ahsfantasy24 said...

ngee..
cean awek die,
tkena tempias..huu~

SeMeRah said...

lumrah orang dikenali ramai..haha

wahida said...

x minat ngan fahmi...mesti awek dia lega dgr statement saya ni...hehe...

SeMeRah said...

haha..dia x kenal waheda pon ...KOT?hhehe