jom borak!!

Saturday, June 21, 2008

Futsal, Mandi Laut Dan Sayur Goreng...



Hahaha..Sepanjang minggu ni banyak perkara menarik dan seronok telah berlaku. Walaupun ader kerja di rumah yang perlu dilakukan seperti kemas kawasan rumah, pergi beli nasi pagi2 dan jugak down load cerita( thanks to my bro, Nik Li kerana sudi ajar gue) ..hahaha kalau bab cuci dan kemas rumah tu x der masalah sebab kita buat dgn rela hati,,dah rumah kita, kalau bukan kita yg jaga sape nak jaga ,,binatang ternakan?...hahahha . sebenarnya pada malam jumaat hari tu,,selepas isyak kami sekeluarga kecuali parents , telah mengunjungi tempat org main futsal..hahah seronok la malam tu sebab bermain ngan keluarga,,dah lama tak hang out ngan diaorang..Jadi pada malam tu berjaya mencipta rekod peribadi dgn 2 gol..hahaha tapi melepaskan peluang 5 x...haha teruk kan gue main futsal,,,tapi x ape asalkan semangat kesukanan tu ader,,,

Pada petang jumaat pula ,sekali lagi kami sekeluarga pergi ke pantai untuk mandi dan manda..hahaha
punyer la seronok,,dah lama tak kena air pantai. So, petang tu dengan diketuai oleh ayahanda,,mandi sampai kul 7 ...lepas tu balik makan "jemput malas",,fuhh sedap wa cakap lu..hahaha

Dan pada hari ni pula( Sabtu) ibunda gue telah menelefon gue untuk ke Laman Pasar Siti Khadijah untuk menyertai pertandingan Teruna Dan Dara Menggoreng Sayur Campur anjuran Puspanita MPKB dan Maggi...Memula tak nak la pegi tapi bila dah tepon tu terus bersiap dan pergi dengan M'c da( adik) ..bila sampai jer kat sana pertandingan tersebut belum berlangsung...ok la..boleh prepare sikit..hahaha(konon la)..Pada waktu tu tengah berlangsung pertandingan memasak..jengok2 la ape yg mereka masak,,sedap gak ,,waktu tu pun perut ngah lapar,,huhu...tahan jer la..Selepas tu acara terbuka untuk pengunjung,,iaitu acara makan Maggi paling banyak,,ahha gue ape lagi,,perut dah lapar terus daftar utk sesama memeriahkan acara tersebut dengan adik gue..haha..Pada pertandinga tu gue mendapat juara berkongsi dgn seorang bro yg sama2 dapat menghabiskan 2 Maggi cup..hahaha Ok la kan ,,kalau Maggi tu sejuk tak pe la nak makan banyak,,ni panas meletup sampai melecur tangan gue..huhuhu

dapat la hadiah ...hehee

lepas tu bermula la acara goreng sayur dengan produk maggi Secukup Rasa...memula tu kalut la jugak sebab tak der kuali..yang bawak hanya satu je.( ingat pertandingan secara berpasangan) Mula la pegi pinjam ngan org...pastu minyak ngan bahan nak menumis pula tak der..hhuhu..nasib baik la ader peniaga kat situ yg sudi bagi kat kami..huhu....Kalau tgk orang lain sume dah prepare dgn hiasan. Kami?? Langsung x prepare ape2 huhu nasib badan..hahaha
Tapi nasib baik la,,ada kawan ibunda yg sudi memberi sayur2 untuk buat hiasan . Pinggan pun kita org pinjam gak...huhuhu

Lepas maka menggoreng la kami,,sampai la siap dan diadili...Bila nak umum keputusan tu ,,mcm dah agak mesti dapat no ni,,no 3 pun jadi la. Tapi mungkin dah rezeki la kot dapat la JOHAN...haha haha ,,terkejut la jugak...kita yg masuk last2 minit ni...hahaha
Tapi pastu tau la kenapa menang,,,jumpa juri dan dia cakap,,sayur goreng yg gue masak tu memng perfect la...walaupun digoreng tapi masih lagi segah dengan secukup rasanyer..huhu
Dan lawan 2 yg kain seramai 10 org kebanyakan menggoreng diatas dapur terlalu lama dan menyebabkan sayur tersebut jadi hancur...itu kate juri la..haha
Ok itu aje la crita tuk setakat ni..panjang dah tu...hahaha

teringat dua tahun lepas,,ditempat yg sama, program yang sama, cuma pertandingan jer yg berbeza, Pertandingan Mee Lambung,,juga mendapat Juara..hehehe

p/s : Nik Li,, bila nak pasang kipas tu...huhu
Oh ya lupa nak royat,,adik gue tu dapat no 3..sayur dia masin sikit, org suruh secukup rasa dia buat securah rasa...hahaha

Ilalliqa'...maassalamah

Khudafis,,,

Thursday, June 12, 2008

Cuti Bermula

yea......cuti dah pun stat...hehe tapi tak balik kampung lagi..dok kl dulu seminggu rumah abang..hehehe...kita ENJOY...hahahaha
Bukan aper , sebab hari sabtu ni ader kerahan tenaga kat rumah Pengarah Kolej PEmbantu Perubatan Seremban( anak perempuannya ( dr ) kahwin)...so sebab jadi anak buah junior,,kena la kitaorang turut serta sebagai penyambut tetamu ataupun oghe kelate royat " jo kako" hahahha
tapi tak pe lah,,,asalkan buleh wak baik dengan pengaroh..mano tau lepas ni nak mintak tolong dia kan mudah...hehehe
Jadi seminggu kat segambut bersama roomate yang ikut sama,,Salehuddin,,ader la beberapa tempat yg pergi singgah...antaranya klcc(tempat ni lagi), putrajaya( ikut abe wi hantar tender)
dan hari ni sempat ke times square.haha
kalau ke kl tempat tu la yg selalu pegi( cemuh doh) hahaha
tapi ape pun tak pe la kan,,,asalkan kita gembira
umm...jadi esok akan ke seremban lagi sebab hari sabtu nak ke rumah pengarah,,,
Jadi malam ni hajat nak belanjer kak ni n abe nazri make sate,,tu pun kalau ade dijual...
haha...org kat sabak tu kalau nak jugak tanya2 la k...hahahaha
Kalau nak makan sokmo,,,doa2kanlah supaya elaun naik k...hahhaha
Lagi satu kepada kengkawan yg selalu menanti kepulanganku( cheeewah) jangan lupa hari isnin ini daku akan tiba di kelantan...jom boling...hahahaha

p/s : ape la kerja yang menungguku kat rumah untuk dibuat sepangjang cuti berbaki 2 minggu lagi ...huhu...
CHE,,,suruh la abe li, Jemin nga nabil buat perabih dulu,,,taruh ko u-6 sikit sikit nga hok ringan2 sudah la...hehehehe

pesan ko che som,,ubat hok dio suruh mitok abih stok..hehehe

Friday, June 6, 2008

Penempatan Klinikal II




Setelah 2 minggu mengikuti penempatan klinikal , akhirnya tamatlah hari ini dengan sesi perbentangan kumpulan....naik pening jugak fikir pasal tu,,hari ni pun sempat tidor sejam sahaja semata2 untuk siapkan slide show tersebut...huhuhu...tapi dengan pertolongan ahli kumpulan benda tersebut berjaya disiaokan...alhamdulillah..

Bila habis saja penempatan tersebut,,rasa lega yang amat snagat. Macam baru keluar penjara.
untuk minggu kedua, sebenarnya tak banyak yang dapat dipelajari,,tapi aper yang menariknya di wad surgical (pembedahan) ni,,banyak kes kes yang melibatkan penyakit di kawasan gastrousus.
Atau bahasa mudahnya organ dalaman la seperti bahagian perut, usus, esofagus termasuklah juga rektum. Selain tu kes kanser gak banyak,, seperti ca payudara, ca rectum, ca colon dan lain2 jenis jenis cancer.

tapi ape pun , keseronokan tetap ada. bukan ape rasa teruja sebab biasa kita masuk wad samaada sebagi pelawat atau pesakit, tapi kali ni ana berada dalam wad sebagai perawat...hehehehe..seronok la kan...hahahaha.

Seronok..seronok gak tapi ader berita yg tak seronok jugak....harga minyak MELAMBUNG NAIK...huhuhu...walaupun ana tak menggunakan kenderaan bermotor di sini,,tapi bimbang la jugak,,,nanti harga makanan pun mesti naik,,tambang bas lagi,, hai,,,kalau elaun naik mendadak camtu kan bagus..huhuhu

p/s : nasib baik la komuter tak pakai minyak petrol,,kalau tak jngan harap la nak singgah rumah kak ni lagi...hahahahaha

Wednesday, May 28, 2008

Penempatan klinikal


Semalam telah bermula penempatan klinikal bagi sem 1 penolong pegawai perubatan pelatih.
Walaupun begitu, pada hari ini(28.5) barulah kami diorientasikan oleh pihak hospital,,maka kenallah kami pada pengarah, matren, sister, dan staf nurse kat situ.

Kami juga di beritahu mengenai perkara asas ketika di wad. Prosedur basuh tangan yang terbaru, mask, gauning dan jugak gloving. memang kami ade belajar kat kolej tapi bukan teknik yang terbaru,,,jadi ade sedikit perbezaan...

Jadi selama 2 hari di sana, maka dapatlah kami praktikkan segala teori yang kami telah belajar di kolej selama ini( yang dah lupa pun ada) hahaha...Ana dan kengkawan seramai 13 org ditempatkan di wad orthopedik. Kat sini semua kes berkaitan ngan tulang la..Dan kat wad tu ramai gak yang diabetik (berkaitan diabetes)

Dapat lah cuba amik BP( blood pressure) kpd org betul,,tak dilepaskan apabila diberi peluang cucuk pesakit untuk masukkan ubat melaui vein. ader jugak yang basuh b.o ataupun dalam bahasa kampung "berak". Hahaha. ana je tak dapat peluang lagi,,nak la try jugak...hahahaha

Tapi paling seronok dapat pegang dan picit kaki pesakit yang membengkak dan bernanah (pesakit diabetes) untuk memastikan jangkitan mikrob kat situ. Memula loya gak tapi sebab profesional punya pasal...belasah je la....hehehehehe

P/s: Nak crita pasal bau,,,cuba la bayang sendiri,,,hikhikhik

Monday, May 26, 2008

Merdeka....

setelah hampir 3 minggu bertunggus lumus untuk memastikan dapat menjawab soalan exam , akhirnya berakhir pada petang tadi...alhamdulillah.

Petang tadi jugak lepas exam Osce.. um lebih kurang praktikal untuk amalan2 kat spital...huhu

Tapi yang menjadi masalah pada petang tadi ialah untuk soalan psikologi la...huhu . Nak kata tak baca ,,,baca,,nak kata baca ,,tapi tak leh jawab. Bukan ana sorang tapi kesemua pelatih tak boleh nak jawab tuk soalan no 2 berkenaan psikologo bilazim....puas otak ni fikir,,,tapi tak kuar2...huhuhu...jadi ape lagi..goreng la kan,,huhu..

Memang pun dalam tempoh pembelajaran sebelum ni, tak penah pun dengar pasal benda ni..huhu.
Dan perkara ini di akui oleh kesemua pelajar...huhuhu,,,ape pun benda dah lepas kan...

Tapi kita orang tetap bertuah sebab kumpulan yang pertama yang dapat merasai praktikal kat kawasan klinikal pada semester 1...heh..tak sabar rasanyer nak stat esok..hehehe
sebab nyer kalau ikut kurikulum dahulu...praktikal bermula di sem 4,,jadi kitaorang cukup bertuah kan...

Jadi kepada semua kengkawan,,,Selamat menjalani latihan klinikal...

Khudafis...

Friday, May 23, 2008

Mood Exam

Alhamdulillah....

Telah selesai peperiksaan 4 1/2 kertas, rasa lega tu ade...cuma yang tinggal hanyalah kertas mikrobiologi dan Psikologi. Itupun pada 26 hb nanti...huhu...
dan hari ni,,kak pun ajak la ke port dickson.....disebabkan tak pernah sampai ke sana( walaupun tinggal di seremban) maka ikut la...dalam kul 4 atau 5petang ni,,,diorang kan datang amik kat KPPS..

Jadi..doakan kejayaan exam ni k.
Khudafis...

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru

Untuk semua guru yang mendidik dan mengajar diri ini..

Lilin Seorang Guru
In-Team


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini


video

Thursday, May 8, 2008

Kemalangan

alhamdulillah...hari ni selamat tiba di kolej Pembantu Perubatan, seremban setelah 4 hari bercuti.
Dan sekarang ni tgh curi2 mase tulis blog selepas seharian mengadap buku( betul ke???) hahaha
Betul!!!
Tak kisah la kan...sebenarnya sebelum menaiki bas semalam, ader satu kejadian yang tak dijangkakan telah berlaku pada diri ana...huhuh....
Kejadian ini berlaku pada jam 5:15 ptg dekat cabang 4, depan hotel New Pacifik( betul ke)kat Celcom Branch, jalan seri cemerlang@ dekat pejabat abe Yom...huhu
nak kata bawak motor laju tak jugak...dari rumah kelajuan tak lebih 60 km per jam...huhu tapi dah menjadi ketentuan pada waktu tu selepas hujan,,,motor yang dinaiki( skuter suzuki-kepunyaan Abe Yom) tak dapat dikawal dan menyebabkan terus menggelusur diatas jalan raya...sreeetttt............
dan daripada kemalangan seorang diri tersebut telah menyebabkan luka ringan pada kaki, lutut dan tapak tangan...huhu..alhamdulillah...nasib baik pada waktu tu tak de kenderaan lain kat belakang...
Tapi waktu menggelungsur atas tar jalan raya tersebut ana sempat la tgk org sekeliling,,,tapi diorang just tengok je...ana pun pelik jugak...ana pun terus bangun dan angkat motor yang masih hidup enjinnyer dan terus menuju ke wisma dengan kesakitan yang amat sangat pada lutut huhuhu...malu tu malu gak tapi wat selamber je...hahaha

Tuesday, May 6, 2008

Tazkirah Tok Guru

Pada petang semalam, ana berkesempatan mengikuti tazkirah tok guru MB Kelantan bertempat di Masjid Mukin Sabak. Alhamdulillah,,selepas pilihanraya Mac lepas , inilah petama kali bertemu mata dengan Tok Guru...Ye la,,,sekarang kan dah menetap di negeri orang buat sementara waktu...hehehe

Pada malam tu, Tok guru ader menyentuh mengenai kenapa kita membaca "ameen" selepas bacaan alfatihah dalam solat...selain daripada itu, tuan guru juga ader menyebut mengenai kehidupan kita yang menuju ke alam kekal abadi. Selain itu perkara yang paling menarik apabila tok guru menyatakan bahawa kita semua ialah kepunyaan Allah, sebab itulah kita tak boleh nak berlagak angkuh, sombong samaada dengan diri sendiri atau pun orang di sekeliling kita..

Bila dengar tok goru kata macam tu,,ana teringat kepada satu lagi kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Tok Guru..."Kalau kita samseng, Tuhan (Allah) lebih samseng dari kita...
Kenyataan ini telah menyebabkan banyak media dan pimpinan negara pada ketika itu "menghentam" Tok Guru,,sedangkan mereka tidak memahami ape yang dimaksudkan oleh Tuk Guru pada ketika itu...pada pendapat ana,,mereka yang bertindak demikian perlu belajar lebih banyak lagi terutama ilmu agama..atau mereka saje buat2 tak tahu dan sengaja berbuat demikian. Wallahu'alam

Kadang 2 kita perlu mengimbau kembali kenangan lama untuk maju kehadapan....


Sunday, May 4, 2008

Cabaran Pulang

semalam merupakan hari yang agak teruk dalam minggu ini,,,tapi ape yang berlaku tu semua ader hikmahnyer....

Perkara pertama yang berlaku apabila ana dan rakan( pa-e dan mudin) ke stesen kereta api di seremban. Kami merancang untuk balik ke kelantan dalam study week ini...konon2nyer nak minta restu...hehehe...dan alhamdulillah papa(penyelaras ) kita org membenarkan kami semua pulang( walaupun pada awalnyer papa tidak membenarkan...
Kami tiba di stesen dan amat terkejut apabila train yang akan kami naiki telah dibatalkan perjalanan...kami diberitahu bahawa ada train lain yang terbabas di landasan...
Disebabkan kami nak jugak balik ke kelantan,,,kami cuba cara lain...kami terus ke stesen bas berdekatan tapi sayang semua bas perjalan pada malam tersebut telah habis dijualana cuba hubungi Kak ni(segambut) tapi tiket jugak habis. Kamarudin pula menghubungi bapa saudaranyer untuk bertanya hal yang sama...pada mulanyer kami menyangka tiket ada dan terus menaiki komuter ke Klang (rumah bapa saudara Kamaruddin) ..tapi sekali lagi nasib tak menyebelahi kami apabila dalam perjalanan tersbut kami diberitahu bahawa tiket juga telah habis...huhuhu
Jadi kami pun berputus asa pada mulanyer dan membuat keputusan untuk balik ke rumah saudara masing2( nik-segambut, kamaruddin-klang, pa-e-gombak) dan berhenti di kl sentral.
Apabila menjejakan kaki di sana ,ana baru terfikir untk bertanya di kaunter ibu pejabat KTM di situ tentang perjalan keretaapi pada malam itu...Alahmdulillah..semangat kami untuk balik ke kelantan kembali membara apabila kami berjaya mendapatkan tiket ke kelantan...Syukur ke hadrat Allah...Cuma kami diberitahu bahawa kami perlu menaiki bas yang disediakan terlebih dahulu menuju ke kuala lipis dan di sana baru kami menaiki kerata api menuju ke kelantan..kami tak kisah pasal tu asalkan dapat balik ke kelantan...hehehe
Pada keesokan hari nyer ana sampai di wakaf bharu jam 11 pagi...
dan terus menaiki bas ke teratak di kg.sabak....

Itulah diantara cabaran kami kami tempuhi sepanjang perjalanan balik ke kelantan kali ini...dan kami semua masih lagi diantara golongan yang bernasib bik kerana dapat jugak balik...dan kepada rakan2 ana yang tak dapat balik tu...harap bersabar la yer...
Exam makin dekat Study jangan Tak Study k...Khudafiss

Tuesday, April 29, 2008

Susur Galur Saya

Saya percaya ramai di kalangan kita; apabila ditanya tentang nama-nama nenek moyang hanya dapat menyebut sekadar dua atau tiga lapis sahaja iaitu sekadar tingkatan moyang. Selebihnya? Wallahu a’lam. Bagi kebanyakan orang urusan tersebut tidaklah sepenting mana, tapi bagi sesetengah yang lain susur galur inilah jati diri mereka.

Bagi diri saya sendiri, saya bertuah sebenarnya kerana sekurang-kurangnya 13 lapisan saya ketahui iaitu sehingga ke awal abad 17. Senarainya adalah seperti berikut:

Nik Muhamad Munir Bin Nik Saleh@ Nik Abdullah bin Raja Ahmad bin Raja Mat bin Raja Abdullah bin Raja Senik bin Raja Kecik bin Raja Mohamad bin Raja Abd Rahman bin Raja Kecil Sulong bin Raja Omar bin Raja Sakti.

Manakala di sebelah ibu pula saya adalah anak kepada Nik Syamsiah binti Nik Som bin Raja Senik bin Raja Husin bin Raja Bongsu bin Raja Senik dan seterusnya sebagaimana susur galur sebelah bapa.

Setakat ini yang saya belum jelas adalah susur keturunan sebelah Tokku (ibu Nik Abdullah) kerana setakat yang saya tahu adalah Raja Kiah binti Raja Sulong. Begitu juga sebelah Tok Ayah (ayah Nik Syamsiah) kerana setakat yang saya tahu adalah Ismail bin Che Awang.

Kalau dilihat kepada nama-nama tersebut; saya percaya ianya tercatat dalam lipatan sejarah Kelantan khususnya pada awal abad ke 17 dan 18 masihi. Betapa tidak Raja Sakti yang saya tuliskan di atas dikenali juga dengan nama Raja Jembal 1 yang memerintah dari tahun 1638 – 1649 berpusat di Kota Jembal.

Raja Omar; anakanda baginda adalah Sultan Omar (juga dikenali sebagai Raja Jembal 5) yang memerintah berpusat di Kota Jembal dari tahun 1675-1721. Baginda adalah bapa saudara kepada Puteri Saadong yang terkenal itu.

Tokoh-tokoh lain adalah Raja Kechil Sulong (Raja Jembal 6) memerintah dari tahun 1721 – 1725 berpusat di Kota Teras.. Long Bahar (Raja Jembal 7) abang (adik?) iparnya yang melahirkan susur galur Long Yunus iaitu keluarga kesultanan yang memerintah Kelantan sekarang.

Masih banyak lagi yang boleh saya ceritakan berkenaan dengan susur galur keturunan di atas. Mungkin di lain kesempatan boleh saya ceritakan dengan lebih lanjut lagi. Cuma satu perkara yang saya ingin nyatakan secara terus terang iaitu saya, semua nama-nama tersebut berdarah merah, meninggal dunia dan bersatu dengan tanah.

Sama macam kita semua.

Ihsan Daripada (Alkhazaain)

Lawatan ke Ulu Kinta ,Perak

Lawatan ke Ulu Kinta ,Perak

Salam....hahaha,,,sebenarnter malas gak nak tulis blog ni pasal masih letih la...ana baru je tiba di kolej selepas sehari berada di Perak.

Sebenarnyer lawatan ke perak merupakan lawatan dari biro kebudayaan KPPS .
Jadi secara tak langsung ana yang menyertai Nasyid dalam xtvt ko-kurikulum telah dipaksa rela untuk menyertai proram tersebut. Bukan setakat pergi sahaja, tapi kena buat 3 persembahan pulak tu,,,huh,,,letih bebenor,.jadi seramai 18 orang budak sem 1 join dan lain 2 dari sem 2 dan sem3. Dan papa serta sir saleh...nak kata seronok yu tak jugak,,sebab sebelum ni ingat tak nak pegi,,,tapi bila dah terpaksa rela camni,,,terpaksalah menyeronokkan diri..huhuhu

Sebelum bertolak pada pukul 1 petang, ana dan beberapa rakan yang lain yang turut pergi ke lawatan tersebut telah menghadiri satu kursus pertongan cemas di sek.men.pendeta Zaa'ba sabagia fasilitator,,,,kat ctu kita org sepatutnyer membuat demonstrasi CPR ,,tapi di sebabkan kami perlu pergi perak,,,jadi kami terpaksa balik awal...huhuhu rasa rugi gak(sebab tak sempat nikmati makan tengahhari yang disediakan...huhuhuhu)

Jadi berbalik kepada lawtan ke Ulu Kinta perak.

Jadi kat sana ana buat 3 persembahan denga kawan2 ...Nasyid , KOir dan jugak TARIAN...huhuhu Nasyid dan koir tu tak pe lagak...tapi yang tarian tu yang rasa nak ketawa pun ader...ini lah julung2 kalinyer ana masuk tarian...hahahahahaha...tarian yang kita buat ialah tarian alu-alu dari kaum sumazau, dekat sarawak nun...hahaha
memang mencabar betul la kan...hahahhahahahha

Tapi apapun,,,ana "enjoy" ngan lawatan tersebut sebab dapat menambah koleksi bantal ,,2 biji lagi...hahahaha..dan pengalaman lain plak waktu mandi kat air terjun,,,sekali lagi menjadi "hero" kerana berjaya menyelamatkan salah seorang rakan kami yang lemas...huhuhu....Alhamdulillah....nasib baik tak jadi ape2..
Jadi setakat itulah dulu coretan tuk kali ni...

Khudafis.....

Lawatan ke Kelantan


Lawatan ke Kelantan

Salam...kalau tgk kepada tajuk tu agak pelik kan...hahaha orang kelantan buat lawatan ke kelantan...tapi itu lah realitinya apabila kita berada di perantauan. Lawatan ke kelantan telah pun disertai pada 12,13 dan 14 april baru 2 ini.

Sebenarnya lawatan itu adalah sebagai salah satu dari program kat kpps ni.Lawatan sambil belajar ke husm...tapi selama 3 hari (sebenarnya 2 harri..1 harie tu dalam bdas je...ahahahhaa) tu ada beberapa tempat yang sempat dilawati.

antaranya pasar siti khdijah...wakaf che yeh...dan akhir sekali sebelum pulang ke negeri sembilan..kami sempat ke rantau panjang...tak banyak perkara yang menarik sepanjang perjalanan tersebut untuk dikongsi tapi itulah pertama kali ana balik ke kelantan dengan perjalanan yang paling lama...bertolak kul 10 pagi dan tiba di kubang kerian pukil 1 pagi...memang sakit habis badan tau...dan jugak sebab analah satu2nyer org kota bharu dan paling hampir dengan husm...maka secara tak langsungnyer analah yang ditugaskan sebagai ketua rombongan dan runner...kepada 80 org lain termasuk pelajar dan guru pengiring....apepun belum terlewat nak ucapkan terima kasih kerana sudi untuk melawat ke kelantan bersempena dengan Tahun Melawat Kelantan 2008 ...

Khudafiss.......