jom borak!!

Tuesday, May 6, 2008

Tazkirah Tok Guru

Pada petang semalam, ana berkesempatan mengikuti tazkirah tok guru MB Kelantan bertempat di Masjid Mukin Sabak. Alhamdulillah,,selepas pilihanraya Mac lepas , inilah petama kali bertemu mata dengan Tok Guru...Ye la,,,sekarang kan dah menetap di negeri orang buat sementara waktu...hehehe

Pada malam tu, Tok guru ader menyentuh mengenai kenapa kita membaca "ameen" selepas bacaan alfatihah dalam solat...selain daripada itu, tuan guru juga ader menyebut mengenai kehidupan kita yang menuju ke alam kekal abadi. Selain itu perkara yang paling menarik apabila tok guru menyatakan bahawa kita semua ialah kepunyaan Allah, sebab itulah kita tak boleh nak berlagak angkuh, sombong samaada dengan diri sendiri atau pun orang di sekeliling kita..

Bila dengar tok goru kata macam tu,,ana teringat kepada satu lagi kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Tok Guru..."Kalau kita samseng, Tuhan (Allah) lebih samseng dari kita...
Kenyataan ini telah menyebabkan banyak media dan pimpinan negara pada ketika itu "menghentam" Tok Guru,,sedangkan mereka tidak memahami ape yang dimaksudkan oleh Tuk Guru pada ketika itu...pada pendapat ana,,mereka yang bertindak demikian perlu belajar lebih banyak lagi terutama ilmu agama..atau mereka saje buat2 tak tahu dan sengaja berbuat demikian. Wallahu'alam

Kadang 2 kita perlu mengimbau kembali kenangan lama untuk maju kehadapan....


1 comment:

Luqme fahmi said...

nirr bkan stakat kene blajar agama...bahasa pon diorg kene mahir...