jom borak!!

Monday, January 10, 2011

Dunia akan benar2 hancur!!




yup..hari ni semerah akan bercakap mengenai dunia kita
tajuk mungkin agak berat
tapi sedar tak kita bahawa
dunia musnah bukan disebabkan
oleh kejadian alam ( ex. gempa bumi, tanah runtuh dll )
semata-mata
tapi disebabkan oleh manusia..iaitu kita sendiri!!!

salah satu perkara yang menjadi perosak kepada dunia ialah plastik..tak kira beg plastik ke, polystherine dll
sumber ni menjadi salah satu penyebab kepada kemusnahan alam.
jadi Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik yang baru dikuatkuasakan
bermula 1 januari lalu
sedikit sebanyak dapat menjaga 'kesihatan' bumi kita

Semerah amat setuju seandainya rakyat negara kita sedar betapa penting menjaga alam sekitar dari tercemar oleh bahan-bahan plastik atau pollyethene ini.

Sebenarnya plastik ini adalah suatu bahan yang sebahagian besarnya dibuat dari ethene iaitu waste product penghasilan domestik gas asli.jadi, kalau kita tak buat plastik, kita kena bakar pulak ethene ini begitu aje. Namanya membazir pulak.

Gas yang terhasil dari pembakaran plastik memang amat merbahaya kepada semua kehidupan. Begitu juga apabila plastik ini terdedah kepada keadaan suhu melampau. Pastik memang boleh di’recycle’ seperti juga kertas. Masalahnya sekarang ini, rakyat negara kita ini otak dan pemikiran mereka susah untk di 'cycle'. Susah untuk menerima perubahan.Susah untuk sedar betapa pentingnya menjaga alam sekitar kita. Apatah lagi bila kena bayar 20 sen kat supermarket untuk dapatkan beg plastik atau kena bawa sendiri karung dari rumah untuk mengisi barang bila pergi shoping.

Jika kita nak galakkan orang ramai menggunakan beg kertas, masalah lain pula timbul. Kita juga perlu jaga hutan kita.
Kertas berasal dari kayu. Ini akan menyebabkan lebih banyak berlakunya penebangan hutan belantara kita.

Kertas juga sebenarnya kalau kita biarkan mereput dibumi, akan menghasilan gas hijau 23 X lebih kuat berbanding penguraian plastik. Bila terlalu banyak penghasilan gas hijau, ini akan memerangkap CO2 yang menyebabkan peningkatan suhu bumi. Sekarang inipun suhu bumi dari sehari ke sehari telah mula meningkat. Peningkatan suhu bumi pula akan menyebab pencairan ais di Kutub Utara dan Selatan. Ini akan memusnahkan habitat hidupan kutub.

Sebagai orang yang sedar petapa pentingnya menjaga alam sekitar kita dari terus tercemar atau musnah diakibatkan kecuaian kita berinteraksi dengan persekitaran kita, teruslah berpesan-pesan kepada rakan-rakan kita, saudara-saudara kita, anak-anak kita, rakan-rakan pemancing kita atau siapa sahaja yang kita kenal supaya sayangilah alam sekitar kita.

Plastik dan kertas sama sahaja. Yang penting sebagai manusia, kita bertanggung jawab menjaga alam sekitar kita. Jangan buang sampah seperti plastik dan kertas di merata-rata. Kertas dan plastik boleh dikitar semula

Tepuk dada, tanya iman!!

p/s : suka bawa beg sendiri :)

2 comments:

Ada Abdullah said...

i pun guna bag sendiri..x bising pomm

Semerah Jembal said...

bgs lah..bg laptop pon jadi