jom borak!!

Wednesday, December 22, 2010

Blogger Peramah!!!


hehehe..
ngah suka ni..
ingat lagi tak post semerah yang lepas pasal pencarian blogger peramah 2011
yang dianjurkan oleh ahsfantasy24
haa..kalo ingat bagus la..kalo tak ingat ataupun x tahu,,klik je kat sini

kesudahan nya..semerah pon tersenarai gak sebagai salah seorang Blogger Peramah
bawah kategori "Yang Tangkas"
ape yang tangkas nye tu x tau la
mungkin antara yang terawal join kot
hehe,,trima kaseh kepada penganjur
laen kali kalo ade pertandingan lagi
inform ler..leh join..haha

ape punyer bapak da!!!

hadoi...
ape nak jadi la dunia hari ini
yang x de anak...cbuk buat anak
yang lahirkan anak...buang je dalam longkang
yang anak da umur sembilan bulan...ade ke patut..
pegi baling macam bola
huishh...geram betul semerah kat orang yang macam ni
kat melaka lak tu...kononnya maju sngat la..

keratan berita





MELAKA: Seorang bayi berusia sembilan bulan koma akibat pendarahan dalaman otak, akibat dipercayai dibaling bapa kandungnya ke atas katil selepas kerap menangis, di kediaman mereka di Jasin, dekat sini, Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenainya.

p/s : teringat plak kat arwah nurin jazlin..al fatihah

Tuesday, December 21, 2010

Pencarian Blogger Peramah 2011

Hachummm

terbersin lak..sape la yang meyebut nama semerah ni..huhu
x pe la..maknanya dia ingtkan kita..x gtu..
ok..kalau tgk kat tajuk tu...ye..macam tu la..nak tahu lebih lanjut bace la kat bawah ye..haha



Ahsfantasy24.com kini sedang mencari blog blogger peramah untuk dimuatkan dalam list blog blogger peramah sesi 2011. Ayuh membantu ahsfantasy24 untuk mengesan tidak kira blogger lama ataupun baru, asalkan tidak sombong. Saya menjemput semua follower saya dan juga mereka yang tahu tentang pencarian ini menyertainya. Hargai sekiranya anda dijemput untuk menyertai pencarian ini kerana anda juga telah dilihat sebagai seorang blogger yang peramah.

Apa yang perlu anda lakukan selepas dijemput atau ditag?
  1. Copy dan Paste entry ini beserta gambarnya ke dalam blog anda dengan menggunakan tajuk 'Pencarian Blogger Peramah 2011';
  2. Tag sekurang-kurangnya 4 orang rakan blogger anda yang peramah;
  3. Setelah menyiapkan entry tersebut, sila tinggalkan link entry anda di sini > http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html
  4. Tiada paksaan dalam menjadi follower ahsfantasy24.com namun berbesar hati jika ada yang sudi.
Tahniah, anda seorang blogger yang peramah! (:

************************************************

semerah ni nak kata blogger baru x jugak,,nak kate lama,,baru je start balik..huhu..x tahu nak kate ape..hehe
nak jugak jadi yang peramah..haha..mane la tau..

oh ya lupa..nak tag membe dulu..4 org ek
1: choricles of me~
2 : .:FromMyHeart:.
3 : .steptofuture.
4 : ♥duniaku ; awesome!

ok ..da kot..haha

p/s : nak g solat hajat dulu..supaya termasuk dalam list nanti..haha

Antara Kehendak Dan Keperluan


hadoiiii
setiap kali henset baru dilancarkan
hatiku terbuak-buak menahan nafsu tuk mendapatkannya
arghhhhhh

nak - nak lagi kalo henset canggih manggih macam kat atas tu..huhuhu
cair beb!!

x0x0x0x0x0x0x0x0x0x0x

korang yang jenis minat gadjet pon mesti cam tu kan
at least dapat pakai kejap pon jadi lakan..haha :P

semerah pon cam tu gak,,,kadang-kadang x dapat tahan
tapi uwangnya dimana mau cari..haduiiiii
bukannya murah handphone baru skang ni

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tapi tu la...semua tu nafsu je kan
kalau da pakai tu,,mula la rasa bosan..haha
itu lah yang kita namakan kehendak
benda da ada nak tukar lagi
da ada nak tukar lagi
dan begitulah sampai kita KOPAK!!!
hahaha


tapi kalau kita x pernah ada sesuatu barang, cntohnya handphone la kan
dan kalo takde handphone....susah org nak cari kita
kita nak cari orang
patut la kita beli
sebab ni bukan kehendak tapi keperluan

################

bagi semerah
keperluan dan kehendak ni akan berubah ikut peredaran zaman jugak

percaya ataupun tak
dalam tempoh sepuluh tahun akan datang
memiliki 2 kereta merupakan satu keperluan
kalau ni skrang ni kehendak lagi kot

percaya ataupun tak
kita tunggu!!!!!!

***************************
khas buat pengguna iPHONE, Andriod dan Blackberry
kita lihat bagaimana orang pandang kita
dan kita pandang orang lain

p/s : jangan pandang ku sebelah mata!!!


p/s lagi : syukurlah dengan SE X10.. :P

Monday, December 20, 2010

Masih dikemaskini..


laman ni masih dikemaskini ...sebarang kesulitan mohon kemaafan

~sekadar hiburan sampingan~

Salam..

Pagi-pagi macam ni kalau tido pon best ni..haha..cuaca pon ala-ala kat pergunungan alps lagi..sejuk!!!

So, hari ni cuma nak kongsi sedikit pengalaman mengenai filem yang telah ditayangkan kat panggung wayang a.k.a pawagam a.k.a cinema [ atau nama lain yang difikirkan sesuai..:) ] semerah yakin ramai kawan - kawan yang kat luar nuh,,terutama yang tinggal kat luar negeri Kelantan ( asbabnya kelantan tiada pawagam..good environment..:p ) selalu pegi tgk wayang x kiralah sama ada filem luar ataupun tempatan.

Jadi beberapa minggu yang lepas, semerah pon sempat la ke panggung ( sbb mase tu mmg kat luar kelantan pon ). Nak dijadikan crita, sempat tgk 2 filem yang agak bagus ceritanya..Ngangkung dan The Chronicles Of Narnia.

Tuk crita Ngangkung,,,mmg TERBAEKK ah..x rugi pegi tgk . mase tu g ngan membe..pecah perut dari awal cerita hingga la abes..asyik ketawa je..fuhh...sampai kuar air mata la..hehe

Rasanya sekarang masih ditayangkan kat panggung..sape2 yang rasa nak tgk ..pegi la..mane tau masih x berkesempatan..haha

Pasal crita Narnia plak..kira ok la..walaupun ada yang kurang kalau nak dibandingkan dengan sebelum ini,, ada part yang kureng skit..Cuma satu je,,kalo rase nak tgk 3D,,semerah cadangkan..x yah tgk la..tgk yang biasa je da ok kot...macam sama je kalo korang tengok versi 2D..ni cadangan je la..kalo rase nak habiskan duit tu jugak..silakan ye..haha


~bukannya ketagih sngat tgk wayang,,cuma sekadar hiburan sampingan~

p/s : hantu mak limah bila nak g usha..haha :P

Sunday, December 19, 2010

Setelah Hampir Setahun...

Assalamualaikum ..

Ok la..nampaknya sekarang ni semerah da boley sambung balik tuk menulis kat blog ne..hahaha..setelah hampir setahun lebih terrrhenti.. Ada 2 -3 orang ( eh..ade gak org bace blog ni..haha ) rakan semerah yang beritahu semerah..da berhabuk da blog tu..bila la nak update..haha..

Kalo nak cerita masalah dia banyak la jgk..nak crita kat cni,,panjang la..haha..tapi x pe lah..sekembalinya semerah pada kali ini sedikit sebanyak menggubat rindu dihati..ceehhhhh...

K la..sebab ni yg pertama kali, x nak tulis berjela,,,esok baru la update lagi..Banyak cerita nak share neh..haha

Illalliqa’!!!