jom borak!!

Monday, February 28, 2011

model?...x cukup syarat ke..haha



salam
dua minggu da x update kan
hehe
keje dowh...haha

kebetulan
hari ni off
amik mase skit

minggu lepas
ade la singgah makan kat kedai kat KT ni
tengok satu iklan kat tv ( astro kot )
american next top model

dalam iklan tu
diberitahu antara kriteria nak jadi model
dalam iklan tu x sebut bnyk
3 perkara je kot
jom kita tengok semerah boley jadi model ke tak..ahakss

kriteria

height - hehe..yang ni cofirm lulus
skinny - urm..agak skinny
good looking ( ayat asal very..very..very good looking )- huhu...

so..kalo antar borang permohonan ngan gambar ni

boley tak?

jadi la juri..hehe

p/s : PPP da ok kot..hehe

Sunday, February 13, 2011

bekalan pagi

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


hari ni first day keje
kat emergency department
kat hospital Sultanah Nur Zahiran kat k.terengganu
kena lak shift petang
so pagi2 ni
daripada tidor
bace blog skit

usha punye usha
bace punya baca
terjumpa la sesuatu
sepotong doa kat blog adikku ( niknuratikah )

so, semerah nak share la kat cni
semoga kita sama2 dapat mengamalkan nya!!



p/s : nanti kalo free semerah nak citer la skit macammane suasana kerja, ape yg ade, ape yang x de kat kuala terengganu ni..!!

Saturday, February 12, 2011

Say YES to Hijab!! NO to Valentine's Day


assalam
memang da lama x update
sejak berada ditempat baru
line x tenet x berapa nak ada la..
ahaks
so kesempatan ni
just nak share satu cerita
begini ceritanya...

Seorang anak kecil bertanya kepada papa dia : "Papa, besar nanti adik nak jadi macam akak tu la," sambil menunjukkan sekumpulan remaja perempuan yang berpakaian agak menjolok mata. Papa dia terkesima lalu berkata :"isshhh..tak boleh syg..agama tak ajar kita berpakaian mcm tu..berdosa tau," sambil mengharapkan anak kecilnya fah...am.. "Abis tu, kenapa adik tgok artis2 pakai mcm ni, pastu dlm tv ckp pakai mcm tu nampak glemer."

Terus si ayah bertanya kpd anaknya :"Sayang suka makan lolipop tak?".. anaknya menjawab :"mestilah suka.".. lalu si ayah berkata :" masa kita beli lolipop, dia berbalut kan?" tanya si ayah menduga si kecil. "betul papa, berbalut." Si ayah menambah "katakanlah sayang buka pembalut lolipop, kemudian biarkan di ruang terbuka, agak2 apa yang akan berlaku?" anaknya menjawab :" hurmmm..mesti lalat datang dekat papa..ye la, sebab benda tu manis..takpun semut yang akan datang.." si ayah membalas :" demikian juga dgn wanita. sekiranya menjaga aurat dgn baik, taat pada perintah Allah, insyaallah syaitan, lelaki2 jongos dan jahat tdk akan mendekati, dan sekiranya terbuka sana, terbuka sini, nescaya nasibnya sama spt lolipop yang terbuka pembalutnya lalu terdedah di tempat terbuka,"..

si kecik faham..kemudian memeluk papanya sambil berkata :" adik sayang papa.. ♥ u papa.".. si ayah puas kerana dapat menerangkan dgn baik..tanpa disedari ada manik2 jernih yang mengalir dr sudut matanya sambil mengenangkan apa nasib anaknya kelak dalam keadaan dunia yang penuh pancaroba kini..

p/s :dapat cerita ni kat fb..x tau nak kredit kat sape..hehe


Monday, January 31, 2011

Ya Allah, selamatkan Mesir dan seluruh Isinya

dalam berita hari ni
tidak bnyak yang menceritakan
hal sebenar
yang berlaku di mesir
selain isu fasha sandha, pilihanraya dun Tenang dan iklan tuk pemilihan AF

hakikatnya
apa yang berlaku di mesir lebih teruk dari yang kita fikirkan

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

huru hara di mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 6000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…6000 banduan telah terlepas dari penjara. 6000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas?

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

7. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

8. Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. krisis mesir, nasib pelajar kita

2. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir

Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini.

Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera.

kredit to jomphp

Saturday, January 29, 2011

kemalangan di Kamdar Kota Bharu ( video didalam )

kejadian ni berlaku lebih kurang pukul 10.45 pagi pada 24 januari lepas

akibat kejadian ni, seorang penunggang motosikal meninggal di tempat kejadian




betul la orang tua berkata
malang tak berbau

berada di atas jalan raya
kena selalu beringat

tapi kadang2
bila kita beringat
orang pula yang lupa

p/s : berdoa supaya sentiasa selamat dunia dan akhirat!!

Tuesday, January 25, 2011

UFO di yogjag?





terbaca kosmo hari ini
pasal tanda ufo mendarat di sawah
dekat indonesia
tanda ni dikenali sebagai crop circle
nak tgk yang lain klik di sini

gambr dari kosmoonline

masyarakat setempat tidak lepas peluang mengambil gambar


agak2 dia singgah kat malaysia tak..hehe



Saturday, January 22, 2011

Trust In Him



dengan segala kepenatan
yang menimpa semerah hari ni
membuatkan semerah
terfikir
apa yang berlaku merupakan
sebahagian perancanganNya
semerah mula tersenyum kembali.