jom borak!!

Tuesday, July 26, 2011

syiling baru weh..siap warna emas tuh..lawa siot






بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

di mulakan dengan Bismillah
disudahi dengan Alhamdulillah

lagi seminggu je nak masuk bulan yang penuh kerahmatan
ahlan wasahlan ya Ramadhan

Bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan di akhirnya pembebasan daripada api neraka

tapi
hari ni nak citer pasal benda laen dulu

mulai taun depan,,syiling baru generasi ketiga akan dikeluarkan oleh BNM
rekabentuk nye pon agak menarik..

dominasi syiling malaysia yang akan dikeluarkan ialah
50 sen, 20 sen, 10 sen dan 5 sen

“Bagi syiling 10 sen dan 5 sen ia berwarna perak manakala 20 sen dan 50 sen berwarna emas yang mempunyai sisi berbeza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan jenisnya. “Logam baru yang digunakan untuk membuat syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama iaitu keluli tahan karat serta nikel loyang bersalut kuprum" katenyer gabenor bank negara kita


Motif dominasi


- 5 sen ( sulur kacang ) ape ek benda neh..haha


- 10 sen (bunga melur)

- 20 sen (anyaman orang asli)

- memaparkan 14 titik melambangkan tiga 13 negeri serta satu Wilayah Persekutuan


- 50 sen (kain tenunan destar sigar)

-mempunyai lima garis mendatar melambangkan lima prinsip rukun negara.


jadi kalau da kuar nanti,jangan kate duit palsu lak k..semerah da bagtau..hehe


k..sehingga ketemu lagi..

Salam Ramadhan