jom borak!!

Friday, January 7, 2011

hujan, air dan bot




disaat dan detik semerah menulis entry ini
hujan masih mencurah - curah
turun dari langit ke bumi
di kala ini juga
angin sejuk menusuk ke jasad
ibarat berada di pergunungan alps kembali
psttt...ada gaya penulis puisi tak...haha


kenangan bnjir depan rumah


sejak 2 hari yang lepas
hujan x brenti2 lagi
dalam berita tv3 semalam pon
da diberitahu
banjir di kelantan semakin teruk
sekolah ade baru bukak hari rabu
tup..tup..semalam (khamis )
kul 11 pon ade sekolah yang tutup kembali
ni semua hikmah banjir agak nya

ni bkn bnjir..haha..sekadar gmbr hiasan

bila banjir
yang paling gembira
budak2 sekolah
sekolah tutup...cuti
dapat main air
mase ni semua dia angkut keluar
perahu...rakit...tong drum...

yang tak gembira sangat
orang2 dewasa
termasuk ibu bapa
kena pindah dok kat kawasan pemindahan banjir
rumah tenggelam
harta tenggelam

tapi itu semua merupakan ujian dariNya
kita sebagai hamba
Redha dan berdoa
setiap ujian dari Allah itu adalah penghapus kepada dosa
Insyaallah

Wednesday, January 5, 2011

kelahiran ke 20



ingat lagi tak post semerah pasal cerita orang
ala yg kakak semerah dah due pon..x beranak2 l
agi tu,,hehe

maka semalam secara rasminya
setelah memohon perkenan duli2 yang terkecik


gambar dari fb alkhazain


alhadulillah pada tanggal 4 . 1 . 2011 jam tgari..(hehe)
maka seorang lagi puteri selamat dilahirkan setelah OS membuka sebnyak 10 cm..
maka proses kelahiran kedua yang bermula
dengan os membuka 10 cm sehingga bayi berjaya dikeluarkan ( ilmu obstetrik dan ginekologi )

gambar pau dari fb tikah

peringkat ketiga lak,,apabila plasenta bayi dikeluarkan dengan jaya tanpa komplikasi pada ibu ..
wah..sambil study neh..hahaha

dan kelahiran ini menggenapkan bilangan anak sedaraku seramai 2o orang..
ni kalo raye..alamat kopak la ayah teh cam ni....haha

p/s : teringat mase praktikal kat bilik bersalin taun lepas..mcm2 kes jumpa..

Tuesday, January 4, 2011

Naik Lagi!!!!

tengah orang2 kat kita dok sibuk pasal minyak x de..
tup..tup..minyak ni naik harga lak..
adoii...
ni semua pasal minyak masak dan petrol R97




kalo kewangan seseorang tu kukuh umpama bangaunan KLCC, x pe la
kalo yang jenis kais- mengais tu,,ape cer,,

bila da minyak naik..barang-barang laen pon secara automatik turut naik..
kesian kan

p/s : jangan sampai orang 'naik minyak' sudah :P

Kisah Cinta Yang Dulu Tiada Bergema


Apek & Aimie Harmelia~
(Kisah cinta meraka sangat menarik, ibarat cinta Mawi dan Ekin.)

Seperti yang kita maklum, bahawa Apek atau Khairul Fahmi Che Mat dan Aimie Harmelia ialah sepasangan kekasih yang bercinta. Meraka bercinta ketika Apek masih belum lagi dikenali ramai. Dahulunya,hubungan mereka biasa sahaja, tiada siapa pun yang peduli akan hubungan mereka berdua.Namun kini, setelah Apek mendapat jolokan Penjaga gol nombor satu negara, hubungan mereka seolah-olah tidak direstui sesetengah peminat kaum wanita. Sehinggakan ada yang terang-terangan memaki hamun teman wanita Apek.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana itu adalah hak meraka untuk bercinta. Dan yang paling memalukan,bila ada artis wanita yang muka tak malu, secara berani di FB terhegah-hegah meminta Apek untuk menghubunginya. Dan mujurlah Aimie tidak cepat melatah dan dia pernah memberitahu bahawa dia lebih tahu dan mengenali hati budi Fahmi.

Kepada para peminat wanita diluar sana, tidak salah untuk anda meminati Apek, namun janganlah sampai anda memalukan kaum anda sendiri dan waraslah dengan fakulti akal yang anda diperolehi itu. Minat pada bola, minat pada individu, tidak semestinya hadir dengan perasaan cinta, ia boleh disemai dengan rasa minat atau rasa sayang. Jika hati Apek sudah pun dimiliki, usahlah menyimpan rasa cinta pada batang tubuhnya lagi, cukuplah rasa cinta dan sayang pada anugerah bakatnya itu yang dianugerahkan oleh yang maha ESA itu.

Sama-samalah kita berdoa semoga merpati sejoli ini akan bersama-sama sehingga ke akhir hayat dan MGDC berimpian untuk "Melukis Gambar Apek & Aimie Harmelia Dengan Cahaya Di Atas Pelamin Mereka"
amin..

p/s : serita ni semerah meng"teh"kan ia dari fb saja
credits to Melukis Gambar Dengan Cahaya
x sempat minta izin share..hehe :P

Monday, January 3, 2011

ayo!! kembali ke sekolah...

hari ni
3.1.11
bebudak sekolah da pon kembali ke sekolah
dengan pakaian baru
kasut baru
stokin baru
pendek kate semua serba baru la..
dengan kata lain
semangat pon misti baru
x gtu?

tapi, ade gak dikalangan mereka ni yang x suka
bila sekolah mula balik

ye la..
da x boley bgn lambat
da x boley tido lewat

walau ape pon
kehidupan ni
mesti diteruskan

bak kata stacy ~ go baby go~


Saturday, January 1, 2011

Cerita Orang...





gambar ni x de kena mengena ngan cite ni tau..hehe

assalamualaikum..

sElAmAt TaHuN BaRU!!!!

1.1.11...tarikh yang amat cntek neh..haha
kalo la dapat kawen pada tarikh ni kan,,haha..
tapi semerah muda lagi..heh ( poyo)
mungkin mungkin 12.12.12 kot..haha..( azam neh )..hehe

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

post kali ni semerah nak cerita la sedikit mengenai orang laen,,bukan mengumpat tau..
orang tu pun bukan asing sangat dalam kehidupan semerah
dia ialah kakak semerah yang keempat ...
sebelum tu nak bg tau dulu..semerah ade 16 orang adik beradik
9 orang lelaki
7 orang perempuan..
gmbr kat atas tu ye :P

jadi, nak dipendekkan cerita
kakak semerah telah pon mengandungkan anaknya yang kedua 9 bulan 10 hari yang lalu
maknanya, da sampai tempoh tuk melahirkan..
tapi sampai hari ni,,masih belum kuar2 lagi baby tu,,hehe
sepatutnya dijangkan pada 25 disember..ni da masuk taun baru da..
jadi dalam tempoh tersebut
ade lah yang berangan
nanti bayi tu akan lahir pada 1.1.11 jam 1.11 pagi @ petang..haha
sape lagi kalo bkn mak dia la..
tapi ,,macam da tak dapat je..hehe
kalau nak cantik jugak..semerah cadang,,kita tunggu tarikh akan datang
11.1.11..hehe..kan cantik gak tu..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

apepun , semerah dan keluarga doakan supaya anak yang akan dilahirkan nanti selamat semunya,,akan bertambah seorang lagi umat Nabi Muhamad s.a.w...


p/s : tarihk x penting kot,,
asalkan selamat sudah..:P
mohon doa semuanya...

Friday, December 31, 2010

kaitan hari jumaat dan budu..







salam..
hahaha
tajuknya mcm kampung je kan..
hehe..da mmg kat kampung skang ni
tajuk pon ikut mood la

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



sebenarnya kaitan tu hanyalah antara keluarga semerah ngan budu dan hari jumaat
begini
sejak semerah tinggal dengan famili semerah
selama 23 tahun ni
hari jumaat merupakan hari yang cukup istimewa bagi kami
seramai 16 orang adik beradik
bersama ibu ayah tercinta
ditambah pula dengan 7 orang menantu
ditemani oleh 23 ( kot ) orang cucu
kami akan berkumpul di ruang dapur
untuk sama2 menikmati
keenakan budu



biasanya kami akan makan selepas selesai solat jumaat
dan hari jumaat jugalah kami dapat berkumpul dengan jumlah yang besar
kalo hari lain
semua sibuk
ngan kerja
kalo datang pon
petang2 jah

dan tradisi ini masih diteruskan
hingga ke hari ini

dan bagi semerah sendiri
semerah cukup bangga dengan tradisi ini

p/s :pada malam jumaat pula, kami sekeluarga akan berkumpul juga - untuk surah bersama ")