jom borak!!

Saturday, June 13, 2009

Lelaki vs Perempuan



Salamullahualaikum...


ha..kawan-kawan, nak dengar citer tak

Nak..nak..nak ( intro...upin ipin..)hehe jgn marah

Tapi betul ni..semerah sebenarnya baru terbaca sesuatu yang agak magic la..ala2 crita harry potter kew..tapi x tahu la betul ke tak..tapi hakikatnya semerah da test kat semerah,,MMG BETUL la apa yang di uji itu..nak tau tak..nah cuba baca ni

Terdapat pelbagai cara untuk menguji
keunikan tubuh badan kita, di antara
keunikan itu sudah tentulah otak
manusia. Di bawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama…

Ini adalah ujian masa yang ringkas,
cuma lakukan
dan jangan cuba menipu diri anda
sendiri

Kira jumlah huruf F's dalam perenggan
dibawah
dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai?



Scroll kebawah hanya apabila anda
telah selesai
mengira!


OK?

berapa banyak?

Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)

Sila baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS



Salah, sebenarnya terdapat 6, kira
semula…

Sebab berlakunya perkara tersebut
diterangkan
dibawah ini…


Otak LELAKI tidak memproses

perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6
F's pada
permulaan ujian memiliki otak
PEREMPUAN.

ha...betul tak ape yang semerah cakap tadi...tu la x nak caya..hahaha...k lah tu je yg semerah dapat kongsi untuk kali ni k...

Khudafis...

p/s : apa makna disebalik test ni ek..urm??

Tuesday, June 2, 2009

Antara Seremban & ...

Hahaha…baiklah..kali ni semerah akan ceritakan suasana kat seremban..ye la dah 2 tahun kat sana..tahu la sikit2..hehehe..urm..kalau nak diikutkan Bandar Seremban ni mula dibuka pada tahun 1870-an lagi,,mase tu tersohor dengan biji timah..dan sekarang dengan kepadatan penduduk seramai 405 674 org seremban terus menjadi tempat org ramai berkumpul terutamanya hari minggu..walaupun dah dikenali dengan Bandar Seremban,,, pengishtiharan Seremban sebagai Bandar hanya akan dibuat pada 9 september 2009..urm....dan itu pun setelah Majlis Perbandaran Seremban akan bergabung dengan Majlis Perbandaran Nilai..( tempat semerah belajar dulu..USIM.) seperti yg kita taulah..N9 ni mmg terkenal dengan adat pepatihnya,,rumah minangkabau dan yg terbaru homestay..Kalau kat Bandar lak..ada la satu shopping kompleks ni,,Terminal 1..kat sini semua ada tempat naik bas ,,dekat KTM,,tuk membeli belah sampai la nak tgk wayang dank at sini jugak tempat semerah selalu berjalan ngan kengkawan kalau ade mase terluang dan cari barang keperluan..paling dekat lak tu..hehehe..Beza yang paling besar suasan seremban ngan kota bharu,,kalau kat seremban lebih kurang berada kat indon atau bangle..huhu..nak buat cam ne,,org indon ngan mat bangle lebih ramai dari org tempatan..hehehe..sampaikan cashier kat pasaraya pun org indon..huhu..gue ngak ngerti pak..hehe..tapi x pe kan 1Malaysia..urm..selain seremban ade lagi satu tempat ..seremban 2..tempat nak kate baru x la..tapi sejak pasaraya jusco dibuka,,tempat ni bertambah maju..pasaraya jusco tu lebih kurang kb mall je Cuma besar skit je..agak selalu juga semerah ke sana..dah bosan ngan terminal 1 ke jusco..dan bosan jusco balik ke terminal 1..begitula hidup kat sana..walaupun Bandar tapi kecik je sebenarnya..huhu..x serupa Kelantan..ada gedung mydin( my favourite), pantai timur, the store, tesco, pacific, home u, pasar siti khadijah..yg lagi best,,semua pasaraya kat sini,,besar2..x puas berjalan.huhu..biasa la kan,,hujan emas di negeri org,,hujan batu di negeri sendiri,,x gitu..urm,,tu sikit sebanyak pasal seremban, kalau nak cita bnyk lagi tau..malas la nak nulis,,heheh..tgk je gambar ni







Wednesday, May 13, 2009

Bermula lagi...

Assalamualaikum

Masa : kul 10.36 minit malam

Dekat quarters PMA kat Pasir Panjang, PD

Hahaha…kali ni semerah muncul lagi untuk posting yang seterusnya…dan semerah bawa khas dari Port Dickson, pantai yg tersohor diMalaysia dengan kecantikan dan keunikannya yang tersendiri..hahaha..

Bukan ape, Cuma terlalu teruja la posting kat klinik kesihatan kat Pasir Panjang ni..…kalau sebelum ni, kat spital Seremban je..tgk misi yg sama je…tapi kali ni suasana lain dan nurse pun lain gak..tu x termasuk pelatih JM..hahahaha…

Objektif yang pertama semerah pada malam ni nak bagi tau benda yg dah tertulis kat atas tu la.hehe..ye la..lepas seminggu bersengkang mata tuk exam,,skang ni bersengkang mata tuk klinikal punyer penempatan la pulak..jadi kali ni ditempatkan kat 3 jabatn iaitu Klinik kesihatan ibu anak ( KKIA ), Unit Farmasi dan juga pesakit luar…Hahaha..jadi setakat 3 hari ni ,,semerah berada kat KKIA..macam2 gak la dapat pengalaman kat sini..macamana penjagaan sebelum , semasa dan selepas beranak..hahaha…macam2 kerenah org ngandung ni..sempat gak la pegi lawat rumah..dan pengalamn yg yak leh lupa..terhantuk yg amat kuat kat rumah pesakit sebab pintu dia rendah sangat (sakit wooo…tak tahu la mungkin semerah ni dah “tertinggi” kot..hehehe)..dah 3 hari tapi masih sakit lagi kepala ni..huhuu..pastu buat jugak lawatan kat sekolah dan beri imunisasi..hish..bebudak skang ni nakal2 tau..ade ker kita ni dia nak ngorat..cucuk jarum kuat2 baru tau..hehe

Dan esok lak stat masuk Jabatan Pesakit Luar..tunggu…

Hah..dah masuk objektif ke 2 plak..urm lepas je abis klinikal ni..semerah akan ke Kuala Pilah pulak..ni adalah aktiviti bulan sabit kat sini..kitaorg jadi pengadil untuk pertolongan cemas peringkat n9…jadi kat sana selama 4 hari kot..x tahu lagi ape xtvt secara sepenuhnya..nanti la pengajar tu( Ila Murugan) bagi penerangan dulu kan..hehe…

Objektif yg seterusya ialah… ape ye…urm..semerah dapat tahu yg parents x der kat kampong tu,,katanya diaorg pegi ke turkey..huhu..ditinggal daku disini..huhuu..nak ikut..nak ikut..

Bebudak kat rumah tu seronok la kan..mesti enjoy sakan ..huh..dongki eden ni ha..

Objektif yg terakhir lak…ZzZzzZZzzzZZzzZZZ

Sunday, April 26, 2009

Sepuluh jari disusun...


Assalamualaikum….

Bismillahirrahmanirrahim..

Masa : 5.59 petang ( Jumaat )

Tarikh : 26 April 2009

Tempat : Meja study

Akhirnya semerah berkesempatan juga menulis,, bukan apa sejak masuk sem 3 ni,,makin sibuk ngan akademiknya, ngan MTP nya, ngan bebudak 72nya , ngan skill labnya dan memacam lagi la menyebabkan semerah x banyak kesempatan untuk pergi kemana- mana…huhuhu..dan hari ni baru je selesai final exam ( sumatif ) tapi ni hanay melibatkan ujian praktikal je..ujian bertulis pulak akan bermula pada hari ahad ni..huhu…ni jadual dia

Ahad 3 / 5

Kesihatan komuniti ( 8- 11 pagi )

Isnin 4/ 5

Farmakologi [Ubat] ( 11.30 – 1.30 ptg )

Pembedahan ( 8-10 mlm )

Selasa 5 / 5

Kejururawatan ( 3 – 5.30 ptg )

Rabu 6 / 5

Ortopedik [ tulang] (8 – 10 pagi )

Khamis

Kebidanan ( 11.30 – 1 ptg )

Perubatan Kecemasan ( 8- 10 mlm )

Jumaat 8 / 5

Perubatan ( 3-6 ptg )

Ni la jadualnya..mmg padat dalam seminggu depan…huhuhu…

Jadi semerah disini mengambil peluang untuk memohon maaf terhadap semua kesalahan yang telah semerah lakukan di sepanjang kehidupan ini..mudah-mudahan kemafan yang dipohon akan member lebih keberkatan dalam diri kita semua..amen..

P / s : kepada family kat kampong tu..jgn la baca je..bagi la kata2 semangat skit..huhu..x cukup semangat la ni…tak tahu nak kutip mano doh..doh la tak dok gewe lagi..huhuhu