jom borak!!

Wednesday, January 12, 2011

Maher Zain datang lagi!!!

entry kali ni, semerah hanya nak ajak semua rakan2
blogger @ bukan blogger
yang terbaca entry ni
jom kita ramai2
pegi ko konsert MZ..yay!!

rasenyer sape x kenal maher zain neh
di Official Page MZ 900 000 ribu fan adalah dari Malaysia..haha
suku rakyat kita minat dia..hehe
dalam en google pon lagi hebat dari justin bibir..hehe
anak2 kecil pon tau nyanyi lagu dia, apatah lagi maka dan bapak budak..haha

Jadi, konsert ni akan berlangsung seperti berikut :



harga tiket pula adalah seperti berikut :


RM297 | RM253 | RM203 | RM103 | RM53

mahal ke?
tak lah ..memang berbaloi
berhibur dalam dakwah

malam konsert tu jugak bukan MZ sorang je yang perform
turut bersama pada malam tersebut sahabat MZ iaitu
Mesut Kurtis dan Irfan Makki
dan tak lupa kumpulan nasyid tanah air kita
InTeam

Segala maklumat lanjut , boley la try usha dekat fb ini ye :

Maher Zain Life In Concert
Maher Zain Malaysia Fan Club (MZM FC)

p/s : MZM FZ tengah merekrut fan mereka untuk jadikan 100 000, kepada yang belum
ape lagi klik di sini, pastu 'like' ok...hehehe :P














Tuesday, January 11, 2011

tipah tertipu!!!

erk..haha
nak gelak lagi la
hehehe

ingat da nak tido
tiba2,,terbaca la artikel kat ohbulan!
pasal pencetus 2 alam.DDRozmey..

katenyer nak buat laman sosial gak
ddRbook
ye la..sejak2 khabar angin
kata facebook nak tutup
takkan tertipu gak kot



agaknya ddr ni x ikut perkembangan semasa sangat kot
haha
apepun, kita tunggu dan lihat
fannye mesti sampai 400 juta kot..opss :P

k la..layan

p/s : nak g tido lah!!
p/s 2: kadang2 bergosip juga..hehe


Sadis 11.1.11




agaknya manusia sekarang tidak tahu lagi menghargai anak2 mereka
jika anda baca Harian Metro hari ni ( 11.1.11 )
terpampang berita mengenai seorang kanak2 3 tahun
mati akibat didera oleh ibu tirinya!!
Ya Allah, mane perginya kemanusian pada manusia yang bergelar "ibu" ni!

pada mulanya,wanita tersebut mendakwa anak malang itu mati akibat lemas
tetapi dia tidak dapat menipu pihak hospital
setelah autopsi ( bedah siasat ) dibuat
ternyata terdapat lebih 73 bekas deraan
dan hasil nya, anak tersebut meninggal akibat perbuatan dera
dan bukan disebabkan lemas

da la dera, menipu plak tu
ibu tirinya baru saja berumur 25 tahun.

yang menjadi persoalannya disini
apakah perempuan perempuan yang seramai 13,453,154 juta orang
yang tinggal dan hujud di malaysia hari ini tidak mempunyai sifat yang dipanggil "kemanusiaan" dan "kasih sayang"

semerah yakin tidak
kerana hanya sebilangan kecil sahaja golongan tersebut
yang dikatakan tidak mempunyai sifat mulia tersebut
malah tidak sesuai pun jika dikatakan mempunyai
sifat "kebinatangan"
kerana BINATANG LEBIH KASIHKAN ANAK-ANAK MEREKA!!!!

sumber berita :hmetro

p/s: sayang Allah, sayang Nabi, sayang Keluarga

Monday, January 10, 2011

Dunia akan benar2 hancur!!




yup..hari ni semerah akan bercakap mengenai dunia kita
tajuk mungkin agak berat
tapi sedar tak kita bahawa
dunia musnah bukan disebabkan
oleh kejadian alam ( ex. gempa bumi, tanah runtuh dll )
semata-mata
tapi disebabkan oleh manusia..iaitu kita sendiri!!!

salah satu perkara yang menjadi perosak kepada dunia ialah plastik..tak kira beg plastik ke, polystherine dll
sumber ni menjadi salah satu penyebab kepada kemusnahan alam.
jadi Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik yang baru dikuatkuasakan
bermula 1 januari lalu
sedikit sebanyak dapat menjaga 'kesihatan' bumi kita

Semerah amat setuju seandainya rakyat negara kita sedar betapa penting menjaga alam sekitar dari tercemar oleh bahan-bahan plastik atau pollyethene ini.

Sebenarnya plastik ini adalah suatu bahan yang sebahagian besarnya dibuat dari ethene iaitu waste product penghasilan domestik gas asli.jadi, kalau kita tak buat plastik, kita kena bakar pulak ethene ini begitu aje. Namanya membazir pulak.

Gas yang terhasil dari pembakaran plastik memang amat merbahaya kepada semua kehidupan. Begitu juga apabila plastik ini terdedah kepada keadaan suhu melampau. Pastik memang boleh di’recycle’ seperti juga kertas. Masalahnya sekarang ini, rakyat negara kita ini otak dan pemikiran mereka susah untk di 'cycle'. Susah untuk menerima perubahan.Susah untuk sedar betapa pentingnya menjaga alam sekitar kita. Apatah lagi bila kena bayar 20 sen kat supermarket untuk dapatkan beg plastik atau kena bawa sendiri karung dari rumah untuk mengisi barang bila pergi shoping.

Jika kita nak galakkan orang ramai menggunakan beg kertas, masalah lain pula timbul. Kita juga perlu jaga hutan kita.
Kertas berasal dari kayu. Ini akan menyebabkan lebih banyak berlakunya penebangan hutan belantara kita.

Kertas juga sebenarnya kalau kita biarkan mereput dibumi, akan menghasilan gas hijau 23 X lebih kuat berbanding penguraian plastik. Bila terlalu banyak penghasilan gas hijau, ini akan memerangkap CO2 yang menyebabkan peningkatan suhu bumi. Sekarang inipun suhu bumi dari sehari ke sehari telah mula meningkat. Peningkatan suhu bumi pula akan menyebab pencairan ais di Kutub Utara dan Selatan. Ini akan memusnahkan habitat hidupan kutub.

Sebagai orang yang sedar petapa pentingnya menjaga alam sekitar kita dari terus tercemar atau musnah diakibatkan kecuaian kita berinteraksi dengan persekitaran kita, teruslah berpesan-pesan kepada rakan-rakan kita, saudara-saudara kita, anak-anak kita, rakan-rakan pemancing kita atau siapa sahaja yang kita kenal supaya sayangilah alam sekitar kita.

Plastik dan kertas sama sahaja. Yang penting sebagai manusia, kita bertanggung jawab menjaga alam sekitar kita. Jangan buang sampah seperti plastik dan kertas di merata-rata. Kertas dan plastik boleh dikitar semula

Tepuk dada, tanya iman!!

p/s : suka bawa beg sendiri :)

Saturday, January 8, 2011

PTPTN..pinjaman kan?




PTPTN...bukan orang tak tau pun kalo x define makna dia
majoriti yang yang belajar kat universiti
sah..sah..PTPTN menjadi igauan
ketika dan saat bila?
ketika duit da kopak..bila la PT nak masuk..hehe


semerah pon pernah buat pinjaman ngan ptptn ni
tapi ..tempohnye x lama
2 semester je..tu pun dekat 5ooo ..


tapi yang menjadi isu disini
adakah wang pinjaman tersebut
digunakan sebetulnya oleh mereka-mereka?


bukan ape..
semerah terpanggil tuk tulis entry ni
sebab ade segelintir golongan yang menerima PTPTN
yang x guna pinjaman tersebut dengan betul kot!!..
ye ke??

kalo guna duit tu untuk makan minum, beli barang keperluan
boley terima gak..
tapi kalo da beli
DSLR, Phone yang beribu harga, dan barang2 lain yang
boley dikatakan mewah
itu guna dengan baik ke??
hehe..sape2 yang terasa dengan ape yang semerah tulis ni
harap jgn cepat melenting

bukan ape
duit tu sekadar pinjaman je
kena bayar balik
lagi banyak lak tu
nanti mase nak bayar
jangan tangguh2 da la yer



so,.gunakanlah ia dengan sebaiknya..
tepuk dada, tanya iman :)


p/s : suka kalo dapat pinjaman PAMA ( papa dan mama)


Friday, January 7, 2011

handset SE baru..perghhh!!






pergh..sekali tengok..memang berkenan..
kalau la kuar awal skit ( ape la SE ni,,suka kuarkan yg menggiurkan hati neh )

Sony Ericsson XPeria Arc
itulah nama yang diberikan kepada kelahiran barunya ni
ni kenyataan media dari blog SE

kalo korang malas nak bace @ x tahu bace ( kekekeke)
semerah crita la secara overall k..

platform : android 2.3 ( wow )
ketebalan :8.7 mm ( x patah ke..haha)
saiz skrin : 4.2"
kamera : 8.1 ..HD lagi..




huhu..memang semerah berkenan la..
tapi x kuar lagi
dijangka 3 bulan akan datang
malaysia ?..ntah..lalala~~

nak tahu lebih lanjut..klik disini

hujan, air dan bot




disaat dan detik semerah menulis entry ini
hujan masih mencurah - curah
turun dari langit ke bumi
di kala ini juga
angin sejuk menusuk ke jasad
ibarat berada di pergunungan alps kembali
psttt...ada gaya penulis puisi tak...haha


kenangan bnjir depan rumah


sejak 2 hari yang lepas
hujan x brenti2 lagi
dalam berita tv3 semalam pon
da diberitahu
banjir di kelantan semakin teruk
sekolah ade baru bukak hari rabu
tup..tup..semalam (khamis )
kul 11 pon ade sekolah yang tutup kembali
ni semua hikmah banjir agak nya

ni bkn bnjir..haha..sekadar gmbr hiasan

bila banjir
yang paling gembira
budak2 sekolah
sekolah tutup...cuti
dapat main air
mase ni semua dia angkut keluar
perahu...rakit...tong drum...

yang tak gembira sangat
orang2 dewasa
termasuk ibu bapa
kena pindah dok kat kawasan pemindahan banjir
rumah tenggelam
harta tenggelam

tapi itu semua merupakan ujian dariNya
kita sebagai hamba
Redha dan berdoa
setiap ujian dari Allah itu adalah penghapus kepada dosa
Insyaallah